1)Dr. Muharikah - Stigma Tema yang diketengahkan dalam novel adalah satu tema yang agak kontroversial. Isu LGBTQ yang mana turut sinonim dengan penyakit HIV dan Aids. Kisah di dalam buku ini cuba memberi gambaran tentang kehidupan golongan ini (Gay dan Lesbian) dan struggles yang mereka perlu hadapi. Masyarakat perlu membuang segala persepsi dan stigma agar dapat membantu mereka kembali kepada fitrah. 2)Dr. Fahd Razy - Cakar Ayam Seorang Doktor Dr. Fahd Razy menulis tentang kisah apa sebenarnya yang dilalui oleh seorang doktor. Realiti seorang doktor perubatan yang mungkin tidak diketahui oleh masyarakat luar. Semestinya pengalaman yang berwarna-warni - bukan sekadar merah darah dan putih white coat. 3)Dr. Beni Rusani - Breathe Kisah tentang Dr. Adam seorang Cardiologist. Sepanjang kerjayanya sebagai seorang doktor, dia telah banyak membantu pesakit. Namun, satu perkara yang dia tidak boleh lakukan, mengubati dirinya sendiri. 4)Dr. Rozanizam Zakaria - Refelksi Wad Sakit Jiwa - Aku Nabi Isa! Aku nabi isa adalah kisah benar berdasarkan pengalaman seorang pakar psikiatri Dr. Rozanizam yang bekerja di Lyell McEwin Hospital dan The Queen Elizabeth Hospital, south Australia. Di dalam buku ini penulis menerangkan secara khusus pesakit-pesakit yang menghidapi pelbagai jenis penyakit mental. Dijelaskan tentang simptom-simptom dan kecenderungan pesakit apabila berhadapan dengan penyakit ini. 5)Dr. Kamarul Ariffin - #Ghospital Hospital dan cerita seram seperti tidak boleh dipisahkan. Dalam buku ini Dr. Kamarul berkongsi kisah-kisah seram yang pernah terjadi dan dialaminya sendiri. Tajuk buku ini sendiri telah menterjemahkan isi kandungan buku ini ghost + hospital. #book #localbook #stigma #bookreview #reader #goodbooks #theulatbuku #bookchallenge https://www.instagram.com/p/BoMSSMQDi6-/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=5u0fp4cuhtnx











