Tentang Rasa .
Petang ni aku tidak rasa apa-apa , sedih , gembira , takut , terkejut atau pun berang ... semua tak ada ! Aku tak sedih kerana dia memilih haluan dirinya , dengan sungguh rela tanpa dipaksa walaupun rutinnya sangat vice versa . Aku tak juga gembira kerana usahaku kini tidak sekuasa raksasa namun insan yang ku ingin ubah kian parah . Aku tidak takut akan risiko yang membebaniku tika kala sang egois menerpa jiwanya , tiap masa & ketika , kerana aku sudah bersedia . Aku sesekali tidak terkejut kerana setiap kali aku jumpa , itulah dia yang sama , cuma hari ini tinggi dalam emosi bernama lelaki . Maaf kupinta , cukup disini aku denganmu , aku salah bukan pada jiwa , tempat dan masa , mungkin akunsalah pada cara .













