Bak kata orang kita akan kehilangan orang yang kita suka jika dipunyai kekasih lain
Mia terasa berat hatinya didapati Jai berkahwin dengan perempuan lain selain dia. Sejurus dia pulang awal sebuah lori bertembung di sebelah kanan keretanya. Ya, itulah permulaannya.
Rosiah, ibu kepada Mia segera ke hospital untuk melawat anaknya "Doktor, macam mana dengan anak saya?" dengan penuh risau dengan keadaan Mia yang sedang koma.
"Bawak bersabar puan, kami masih periksa anak awak, nanti saya bagitahu"
"Auntie!" jerit Nisha, kawan baik Mia sejak sekolah rendah mendapat berita bahawa kawannya ditimpa kemalangan, bukan sahaja dia tapi kawan-kawan dia yang lain juga datang, mereka semua adalah kawan se-kolej juga datang untuk melawat Mia.
Mia dah sedar dari koma tetapi masih diperiksa oleh doktor sebelum dibenarkan pelawat untuk masuk. Rosiah pula masih bertanya dengan doktor tersebut dengan keadaan risau. "Macam mana dengan anak saya?"
"well, i have some good news and the bad news" kata doktor, salah seorang dari kawan Mia, Mirul mula rasa tertekan dan cuba untuk menyelit "come on la Doc, apa bad newsnya dan apa good news..Make it quick please!" Doktor rasa bengang dengan ayat lelaki itu secara tergesa-gesa seakan-akan dia mendesak. "Ok..Ok..the bad news is Damia is having a minor brain damage so she'll be having a heavy migrain, and the good news is she can still move "
Sewaktu Mia sedar, dia cuma nampak ibunya di depan mata saja. "Mama?""Ya, sayang, mama ada sini. Ni kawan-kawan Mia ade sini datang nak jumpa Mia." Dimanakah kawannya? "Mana diorang? tak nampak pun. Yang Mia nampak mama je"
Mia baru ingat masa dia koma sebulan, Mia fikirkan kawan-kawannya terutama sekali Jai tetapi malangnya, wajah-wajah mereka tiba-tiba lesap dari memori. Di dunia realiti, tiada kelibat mereka langsung seperti halimunan, tiada seorang pun termasuk suara mereka cuma suaranya seperti berbisik kecuali isteri Jai. Hati Mia masih tersebak dengan pandangan Mia walaupun pandangannya normal.
Kenapa jadi gini? Kenapa diorang sekali aku tak nampak?