Bagi pesakit tiroid macam Akak, antara makanan yang selalu dok dengar perlu dielakkan adalah produk berasaskan soya. Ini kerana soya adalah antara makanan yang mempunyai goitrogen. Katanya kalau kita makan terlalu banyak soya, ia boleh menjadi pencetus kepada penyakit tiroid. Katanyalah ye. Betul ke idak, kurang pasti. Ada juga beberapa kajian yang dilakukan mendapati soya mempunyai pelbagai kesan negatif terhadap fungsi tiroid. Soya dikatakan boleh menghalang keupayaan badan untuk menyerap ubat tiroid dengan betul. Disebabkan rekod buruk soya ni, ramai dietitian yang mensyorkan agar pesakit tiroid menghapuskan pengambilan soya dalam diet seharian sebanyak yang mungkin. Tapi kalau tanya Akak, bedal ajelah.! Tadi pun Akak baru lepas makan tempe. Cuma Akak nasihatkan, jangan makan makanan berasaskan soya dalam masa tiga hingga empat jam sebelum pengambilan ubat. Takut jugalah kot ia boleh bagi gangguan penyerapan ubat tiroid 😅 Untuk bacaan lanjut, boleh ke https://bit.ly/2ZvCqhK #thyroidworrior #hypothyroid #hypothyroidawareness https://www.instagram.com/p/By5PIw8AQH3/?igshid=1puwinq377nsc













