Lorong Haji Taib
Adik Suzana | "Psst... jom borak dengan Suzana" Hehe siapa adik Suzana? I just met her last 2 days in Pusat jagaan kanak-kanak,yayasan chow kit. Perjumpaan yang sekejap malam tu, tapi cukup buat aku buka mata. She's very nice girl and the first kid that greet me! I asked her, "What is your name?" "Suzana!" she answered. We shared delightful smile. Together… And I said, "Sedapnya nama, Suzana..." Dia tersenyum lagi. Dan aku tersenyum. Kami berdua bersandar di dinding memerhati gelagat yang lain. Aku bertanya lagi… “Umur awak berapa?” “Tiga belas.” Aku cuba mencerna… “owh Form 1 kan?” “Ha ah.” Belum sempat soalan seterusnya. Dia bertanya pula. sangat petah. "Akak? Nama?" "Owh akak? Kak Nadhirah. hee panggil kak Nadhirah je." "Macam selalu la nampak akak?" "Owh ye ke? ka..." soalan aku terhenti bila tiba-tiba saaf dah memanjang dan nak start solat maghrib. Baru nak tanya nampak kata mana… pelanduk dua serupa ke.. rusa ke.. tanduk ke.. ok2 fokus. *** Nampak dia tengah duduk sorang2... Aku bisik pada teman seperjuangan di sebelah, Nur Izati. "Psst... jom borak dengan Suzana weyh." "Suzana! Su! Zana!" (Tiba-tiba rasa nak menyanyi lagu suzana pula..) Suzana datang mendekat. Dia duduk... bersila menghadap kami. Bermulalah sesi sembang-sembang air masak gitu. Sambil menghirup dua tiga gelas air pengubat haus, soalan demi soalan ditanya. Sehingga sampai soalan kami; "Suzana dah lama ke duduk sini?" "3 tahun." Sambil menunjukkan tiga batang jarinya. Satu..dua…tiga… "Sebelum ni?" Izati menambah. "Asrama..Dari kecik…" Ok perbualan terhenti bila tiba-tiba: “Ok jom solat isya’!” Hew hew… I just want to ask more, but... Takut tersalah tanya dan masa pun macam nak main kejar-kejar. Disebabkan nak jaga wudhu’, semua macam lipas kudung terus bergegas masuk saff.. *** Alkisahnya di situ, setiap seorang dari mereka datang dari pelbagai latar keluarga yang berbeza. Ada yang yatim.. Sangat istimewa! Nampak mereka sama macam kanak2 lain, tapi jauh di sudut wajah2 itu, ada kisah yang penuh teka teki. *** Perjalanan malam itu bersambung lagi…Kini di lorong terang bernama Lorong Haji Taib... Kenapa terang? Aku tak mahu namanya tampak negatif walaupun hakikat memang gelap sayup-sayup cahaya gitu. Perancangan yang awalnya just bergurau nak jalan2 naik kereta menyelusuri lorong-lorong tu Allah makbulkan dengan pengalaman turun sendiri ke street mengedar makanan moreh. Yeah, alhamdulillah. I got the chance to meet them! Dan yang paling tak boleh lupa, satu masa ni, kami berjalan di depan deretan kedai. Suasana hanya ditemani lampu jalan yang segan-segan memancar terang. Ada beberapa orang di depannya dengan seorang kakak berambut pendek atau mungkin diikat rambutnya (almaklum gelap sikit) dan berskirt panjang berdiri di tepi tangga. Orang depan dah bisik.. “ Hah jaga2.. jalan je..” Aku pun bisik la.. “Jalan straight je… Dun belok2..” Kami jalan terus, macam agak gelap dan sedikit laju langkahnya... Tiba-tiba dia bersuara; "Apa tu? Bawak apa tu? nak juga..." merujuk kepada makanan yang kami bawa. Cuak je lebih. Macam-macam dah fikir dalam hati. "Ni kakak ke... abang ni..". Tapi rupanya mereka tak kacau pun.. Siap tegur lagi. Adeh, malu den... Mungkin sahaja aku yang banyak tengok drama dulu-dulu. Bayang macam-macam.. Mungkin saja perjalanan hidup mereka di situ banyak mendidik mereka dan orang lain tentang erti syukur. Dan mana kita tahu, mereka lagi syukur hidup begitu dari kita yang selalu lupa dan bangga dengan nikmat sementara. Aku belajar erti syukur dan memberi... Dihulurkan air dan makanan… tersenyum mereka. Dan ucapan yang tak lekang adalah “terima kasih”.
an-naml: 74-75 Allah kata;
“Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).”
“Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.”


















