Hidup terasa bermasalah. Serabut rasanya.
Tetiba ada suatu suara berkata, "mungkin kerana kau tidak menjaga solatmu."
Lalu kau menjawab, "aku lihat ramai saja yang tidak solat tetapi boleh hidup berjaya, bahagia, mewah."
Suara itu menjawab lagi,"apa benar kau yakin mereka bahagia? Pernah kau tanya?"
Diam.
Dan ia menyambung, "antara kesusahan yang Allah uji kau dalam keadaan Dia redha dan mahu menguatkan kau, mahu kau semakin dekat dengan Dia, dengan kesenangan hidup yang Dia bagi dalam keadaan murka, dalam keadaan tak redha, yang membuatkan kau makin jauh dari Dia, agak-agak mana pilihan kau?"
Diam. Sedang dia sendiri tahu apa jawapannya.
Suara itu tidak lain tidak bukan, imannya yang masih bernyawa, terletak di sudut paling dalam di hati.
Jaga solatmu, Allah akan menjagamu.