seen from United States

seen from Saudi Arabia
seen from United States
seen from United States
seen from Hungary
seen from Türkiye
seen from China
seen from United States
seen from United States

seen from Spain
seen from China
seen from Singapore

seen from Russia

seen from United Kingdom

seen from Canada

seen from Canada
seen from Canada
seen from Brazil

seen from Spain
seen from Italy
salam isra' mikraj everyone #muslim #lifeasmuslim #isramikraj #1437Hijrah
ISRA' WA MIKRAJ Umat manusia di era Khalifah Nubuwwah (kepimpinan Nabi) Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam benar-benar teruji keimanan mereka apabila diberitakan Baginda di-isra' (dibawa) ke langit ketujuh dalam tempoh hanya sehari semalam dengan kenderaan paling canggih ciptaan Allah Azza Wa Jalla berupa Buraq. سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Isra': 1) Kerana di era tersebut, belum wujud pengangkutan seperti jet pejuang, pesawat supersonik, pesawat Airbus, pesawat Boeing dan roket yang boleh membawa manusia ke bulan serta ke luar daripada planet bumi. Tidak seperti kita umat Islam di hari ini. Potensi untuk kita mengimani dengan haqqul yakin (sebenar-benar keyakinan) adalah tinggi dan lebih mudah. Kita turut merasakan ia adalah perkara yang logik dan tidak mustahil boleh berlaku atas kehendak Allah Al-Qadir (Yang Maha Menentukan). Malahan, kita sebagai hambaNya yang teguh iman dan berpegang dengan prinsip hidup ber-Tuhan. Pasti merasa, jika insan ciptaan Allah dikurniakan kebijaksanaan dalam inovasi mencipta pelbagai teknologi pengangkutan tercanggih. Apatah lagi kecanggihan segala inovasi ciptaan Allah Azza Wa Jalla termasuk Buraq itu sendiri, pasti jauh lebih 'advance' daripada kita insan ciptaanNya yang kerdil ini. Wallahua'lam. Khairul Adli Abdullah (Aku Bukan Ustaz - Masih jahil, cetek ilmu pengetahuan dan harus terus belajar / Berkongsi sekadar apa yang tahu) #isramikraj #israkmikraj