New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/08/29/laluan-mudah-chong-wei-ke-suku-akhir/
Laluan mudah Chong Wei ke suku akhir
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tampil bergaya apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2014 di Ballerup Super Arena Khamis.
Chong Wei, selaku pilihan utama, langsung tidak tercabar untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik selepas mudah menundukkan pemain Ireland, Scott Evans 21-11 dan 21-12 dalam masa 36 minit.
Evans nyata gagal mengimbangi aksi kemas yang dipamerkan Chong Wei untuk menggapai impian bergelar juara dunia buat kali pertama.
Chong Wei, 31, akan berdepan dengan pemain pilihan keenam, Wang Zhengming pada aksi suku akhir, Jumaat.
Sebelum itu, pemain China berusia 24 tahun itu mengesahkan slot ke suku akhir dalam masa 42 minit apabila menyingkirkan pemain Hong Kong, Nan Wei dalam ‘straight-set’ 21-15 dan 21-18.