Lagi di Pesta Buku Muar 2018, 30 Jan. - 3 Feb. 2018 | Selain karya-karya saya bersama Galeri Ilmu, Buku Puris dan Buku SO, saya juga tolong jual 2 judul buku bersama Must Read, yakni 50 SUP CHAMPION RESEPI RASULULLAH dan HIJRAH CHAMPION GAYA RASULULLAH. Saya ambil beberapa naskhah dari reruai Must Read yang turut serta. Alhamdulillah. Masya-Allah, tabarokallah. Asbab kehadiran saya ramai juga yang mahu mencicipnya, tambahan pula harga jualan hanya RM10. Siap cikgu dalam foto ini bertanya, "Mengapa murah?" Saya jawab, "Penerbit yang putuskan begitu. Bagi saya, apa yang penting ialah ada yang mahu baca." . Pada malam di saat-saat akhir pesta buku itu, dua pemuda membeli kedua-dua judul ini justeru tertarik dengan isi/mesej yang mahu disampaikan. #WebSutera #KembaraChampion #MerakyatSastera #SupChampion #HijrahChampion #FikirChampion #JomJadiBaik #RempitAlFateh #NovelisIbrahSejarahNo1Malaysia #NovelisRakyat #Dakwah #Jihad #BukuMustRead #DuniaIlmu #PestaBukuMuar2018 #DuniaBuku #AkuMarhaen