Novel: Raja Kesatria
Penulis: @websutera
Penerbit: @buku_puris
Saya sengaja baca novel ni perlahan-lahan kerana tak mahu rasa keseronokan membaca peristiwa sejarah ini dihabiskan dengan cepat begitu sahaja.
Sejujurnya, pengkisahan novel ini sangat mengikuti fakta mengenai Raja Zulqarnain, ditambah pula beberapa ayat al-Quran yang berkait dengan insan hebat ini. Menarik kerana sama-sama bertadabbur beberapa potongan surah. Agak kagum bagaimana penulis begitu hebat sekali menggarapkan fakta sejarah, fakta ayat al-Quran, tadabbur Surah al-Kahfi yang ada menyebut nama Zulqarnain dan cantuman-cantuman fiksyen seakan-akan masuk ke dunia lain. Beliau juga berjaya menjelaskan dua sisi kajian yang berbeza tentang Raja Zulqarnain.
Ada beberapa babak lucu seketika, tetapi babak serius sangat banyak. Saya boleh nampak betapa seriusnya Alexandria dalam memimpin bala tenteranya demi menghapuskan para pentaksub berhala. Ada beberapa nilai murni dalam jiwa Alexandria yang patut kita boleh contohi.
Cuma saya sedikit ralat waktu membaca dialog watak Zamri dan Zainal di dunia realiti. Penggunaan bahasanya agak baku hingga saya berasa janggal hendak membacanya, tetapi dialog-dialog baku sewaktu zaman peperangan itu memang sesuai dengan situasi.
Penyusunan latar tempat juga amat saya kagumi. Saya sikitpun tak rasa terganggu hendak membayangkan kawasan yang pasukan tentera mereka lalui. Semuanya amat teratur dan jelas.
Bagi saya, sekiranya ada pembaca sangat gemar membaca novel sejarah tentang Tanah Melayu, apa kata cuba baca novel sejarah tentang tentera Islam pula. Cuba baca novel ini, tentunya akan dapat merasai kenikmatan bacaan yang takkan dapat dalam mana-mana novel sejarah yang lain. Memang terasa semangat juangnya.
Sejujurnya, saya sangat seronok membaca novel ni. Terima kasih penulis!
#yayaokitareads #bookreview #ulasbuku #ulasanbuku #bukubagus #buku #ulasanbukumalaysia #bookstagram #bookstagrammer #books #rajakesatria #rajakesatriahijabrajazulqarnain #mkriza #antologicerpen #novel #bukupuris
Reposted from @yayaokitareads
#WebSuteraSokong #WebSitera














