Selawat Tafrijiyyah juga disebut sebagai Selawat Nariyah atau Selawat Kamilah yang membawa erti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Harapnya, jika selawat ini diamalkan, ia dapat menghilangkan kesempitan yang kita hadapi dengan izin Allah swt. . اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ . Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna, dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu, dan terbukanya kesempitan, serta didatanginya semua hajat, dan diperoleh semua pemberian, serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya), dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan Baginda. . (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”. . Selawat tafrijiyah, seperti mana maksudnya iaitu sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang, maka selawat ini ibarat satu doa yang kita panjatkan kepada Allah swt agar dapat mengeluarkan kita daripada kesempitan yang kita hadapi. . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #thedaiegraphy #selawat #selawattafrijiyyah #jomselawat https://www.instagram.com/p/B5u1UCVFQYS/?igshid=plezuo13wmsv













