[ THE POWER OF POSITIVE THINKING! ] Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan gelombang yang positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke persekitaran kita. Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan. Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif ini mendatangkan banyak kegelisahan dan kesukaran dalam hidup kita jika tidak diuruskan dengan baik. RC boleh diaktifkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah selalu membaca kisah-kisah kejayaan orang lain, dan.. Bersangka baik dengan Allah! Yakinlah, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu. Allah memberi apa yang kita perlu! Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita yang sebenar. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan. Think Positive! Get Positive! InsyaAllah!! #pelaburanemas #goldbar #jutawanemas #pokliwealth #tips #berjaya #kaya #teampokli Klik butang SHARE (tinggalkan komen di sini jika ada kesulitan). Salam hormat! :) (at Seremban (City))












