“Macamana nak melabur emas ni?” “Berapa untung saya boleh dapat?” “Berapa lama nak dapat untung?” “Saya nak untung sebab saya nak kahwin tahun depan.” Itu antara soalan dan komen biasa bagi yang baru nak kenal-kenal emas. “Mana boleh kaya dengan melabur? Nak kaya kena berniaga”, jawab saya ringkas. Tapi itulah mentaliti kebanyakan daripada kita. Melabur, untung, melabur, untung.. siiiiiiiibuk nak melabur. Nak untung cepat pulak tu. Sebelum cerita tentang melabur, cerita tentang untung, kena cerita 5 checkpoint kewangan dulu. “Berapa gaji awak? Berapa banyak awak menyimpan sebulan-sebulan?”, tanya saya. “Gaji saya dalam RM4k. Saya simpan RM1k sebulan”, jawab beliau. “Oh, itu sudah cukup bagus. Tak payah sibuk nak melabur pun”, respon saya. Nak banyak kena belajar simpan duit yang ada, bukan sibuk nak gandakan duit dengan melabur. Silap haribulan, lebur macam tu je. Kena paksa simpan. Kalau tak paksa simpan, tak jadi. Tobat tak jadi. “5 checkpoint kewangan tu apa?”, tanya beliau. Saya pun mula bercerita. 5 checkpoint kewangan ni ialah benda pertama kita kena buat bila dapat gaji. Selesaikan satu persatu. 1. Simpanan 6 bulan pendapatan. 2. Selesaikan hutang-hutang negatif. 3. Simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan. 4. Pastikan aliran tunai positif setiap bulan. 5. Usahakan pendapatan pasif bulanan atau tahunan yang lebih besar daripada kos sara hidup. Itulah namanya checkpoint kewangan. Guru saya yang ajar. Lain guru, mungkin lain ajarannya. So, jangan sibuk nak melabur je. Selamatkan dulu duit yang kita ada tu supaya jangan hilang. Caranya ialah dengan menyimpan. Kalau tak jalan jugak simpan duit selalu habis kita sendiri yang belanja, tukar cara menyimpan. Simpan dalam bentuk emas ke. Kat KAB Gold boleh serendah 0.25 gram atau RM66.50 sahaja hari ni. Daftar Percuma sekarang dan mula menyimpan sedikit demi sedikit https://osini.co/DaftarFreeKabGold #zoolkabgoldhq #KAB #KABGOLDYNAMICS #GOLDHQ #ZOOLKIFFAHMAD https://www.instagram.com/p/CUtMi63hFVp/?utm_medium=tumblr









