New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2015/03/02/seorang-mati-dalam-letupan-di-kaherah/
Seorang mati dalam letupan di Kaherah
Seorang terbunuh dalam satu letupan yang berlaku berhampiran Mahkamah Agung Mesir, pada Isnin.
Menurut polis, letupan yang berlaku di pusat bandar Kaherah itu turut mencederakan empat yang lain, termasuk seorang anggota polis.
Ini adalah kali kedua sebutir bom meletup berhampiran Mahkamah Agung, susulan letupan pertama yang mencederakan 12 mangsa, pada Oktober tahun lalu.
Tidak dapat dipastikan jika sebuah pos pemeriksaan polis yang terletak berhampiran mahkamah itu dan sebuah stesen metro menjadi sasaran penyerang.
Serangan itu berlaku sehari, selepas dua orang awam mati dalam satu letupan bom di luar sebuah balai polis di selatan Mesir.
Kumpulan militan kerap melancarkan serangan bom di Kaherah yang sering menyasarkan polis, selepas penggulingan Presiden Mesir, Mohamed Morsi pada 2013.