Tiap kali raya, gua akan buat call yang mana gua ada salah silap gua akan call. Gua tak main la antar2 wassap dan foward2 message. Gua terkejut dapat panggilan dari Pegawai MBSA. Beliau ada dalam gambar tu. Ada yang takde dalam gambar. Beliau mintak maaf atas apa yang telah berlaku tempoh hari dan menegaskan bahawa antara kita tidak bermusuh. Sebelum dia letak call gua tanya "Tuan beraya kat mana tu?" "Saya tengah bertugas ni Zack. Biasalah saya hanya menjalankan tugas" Allahu sebak dengar Tuan cakap macamni. Gambar ni gua ambil ketika kami mesyuarat di Pejabat MBSA Cawangan Sg Buloh. Dieorang tak benarkan gambar ini dan beberapa gambar di post ke media sosial kerana bimbang mendapat respond negatif dari majikan. Gua cuma nak beritahu, gua tak pernah bermusuh dengan sesiapa. Gua hanya bermusuh dengan sistem. Korang semua sahabat yang baik. Di kesempatan ini jugak, gua mewakili PUBG Brtotherhood dan rakan2 memohon maaf kepada Pihak MBSA seluruhnya atas apa2 kekasaran dan perkataan yang menyinggung perasaan. Maafkan gua sekali lagi andai sebab gua korang mendapat tekanan. Apa pun kami tetap hormat korang sebagai sahabat, kami faham perkara ini dan gua menegaskan kita tidak pernah bermusuh. Nanti open house jangan lupa jemput. Gua sentiasa bekerjasama dengan MBSA. Terima kasih MBSA, PDRM, Pej Tanah dan seluruhnya. Jasamu tetap dikenang. Open house jangan lupa jemput ye! #maafzahirbatin #kawantetapkawan https://www.instagram.com/p/ByUnTPaDDNb/?igshid=12xb3li0lwwaf
















