Tempat untuk Lepak Sepanjang Malam dengan Murah!
Semasa melancong di luar negara, terdapat orang yang cendurung untuk mengunakan masa mereka sepenuhnya di luar daripada rehat di tempat penginapan. Bagi mereka yang terlepas masa untuk menaiki pengangkutan awam pada tengah malam, anda boleh menhabiskan masa anda seperti orang korea sampai keesokan hari daripada menghabiskan duit menaiki teksi balik ke tempat penginapan. Yang berikut adalah tempat yang anda boleh lepak sepanjang malam dengan murah dan menarik. Ini adalah pengalaman yang menarik dan istimewa yang tidak selalunya dapat dialami.
Jika anda sedar bahawa anda telah terlepas masa operasi subway semasa anda sampai ke stesyen subway dan anda tidak ada wang berlebihan untuk menaiki teksi, Kafe 24 jam adalah salah satu pilihan yang baik. Di Korea Selatan terutamanya Seoul, terdapat banyak Kafe yang beroperasi sepanjang 24 jam. Anda hanya perlu beli satu minuman ataupun sebotol air mineral dan anda boleh rehat di atas sofa ataupun tidur di sana. Anda tidak perlu rasa malu kerana saya selalu nampak orang Korea yang tidur di atas meja atau sofa masa tengah malam.
Pilihan ini tidak semewah dengan pilihan sebelumnya, tetapi ia tidak seteruk yang anda fikir. Pada musim panas , anda masih boleh duduk atau tidur di atas bangku yang terdapat di dalam stesyen subway. Tetapi anda mungkin perlu mengelakan pilihan ini pada musim sejuk kerana mereka tidak menyediakan sistem pemanasan dalam stesyen subway pada waktu tengah malam. Ini mungkin bukan pilihan yang terbaik ,tetapi jika anda ingin menjimatkan wang ini tidak dinafikan adalah pilihan yang ideal.
Kedai serbaneka di Korea sangat banyak berbanding dengan Malaysia. Ia boleh didapati di mana-mana sudut jalan dan biasanya dibuka 24 jam. Terdapat pelbagai kedai serbaneka seperti CU, GS 25, 7-11, Ministop dll. Kedai serbaneka di sini boleh dikatakan sebagai kafe atau restoran yang kurang mewah. Bagi saiz kedai serbaneka yang lebih besar , mereka akan menyediakan kerusi dan meja di dalam ataupun di luar kedai. Anda oleh beli pelbagai makanan dan minuman dan terus makan di sana. Baru-baru ini, kedai serbaneka banyak mengeluarkan makanan jenama tersendiri (Private Brand Product) yang sedap dan istimewa. Oleh itu, inilah tempat yang selesa untuk rehat sementara menunggu subway untuk beroperasi pada awal pagi.
Ini mungkin pilihan yang paling selesa dan terbaik antara keempat-empat pilihan ini. Anda mungkin perlu bersusah untuk mencari Jimjilbang yang terdekat . Jika anda tidak tahu apakah jimjilbang, ia adalah rumah mandi awam yang mempunyai pelbagai fasiliti seperti tab mandi panas, sauna, dewan untuk bersantai dan juga bilik untuk tidur. Terdapat juga jimjilbang yang besar dan terdiri daripada beberapa tingkat. Jimjilbang kegemaran saya adalah “Dragon Hill Spa & Resort”yang terletak di Yongsan Station. Di sana, mereka menyediakan pelbagai fasiliti yang tidak terdapat di jimjilbang biasa seperti kolam renang, restoran, tempat main game, kedai manicure dan pedicure, dan kedai urut ala Thai. Anda boleh relax dan rehat sepenuhnya di sana dan anda mungkin akan keluar lewat pada keesokan hari untuk mencari alasan untuk pergi ke sana.
Inilah pengalaman saya pada waktu tengah malam di Seoul sepanjang masa saya tinggal di sini. Jika anda pernah mengalami pengalaman yang lain dan menarik jangan ragu-ragu untuk berkongsi dengan kita!!