#kejohanan #badminton #amal #pialaijtihad #ijtihadprihatin #celebritysportsclub #astro #pmlive Saksikan PM Live Di Astro Ria 104 dan 123 pukul 12 tengahari nanti. Bersama saya dan Tunku Hanis... 😊🤘👍 #artismalaysia #malaysian #celebrity (at Astro)
seen from France

seen from Spain

seen from Japan

seen from Austria

seen from Austria

seen from Israel

seen from Austria

seen from Russia
seen from Japan
seen from Yemen
seen from Saudi Arabia
seen from United States
seen from Russia
seen from United States
seen from Bahrain
seen from Türkiye

seen from Austria

seen from United Kingdom
seen from United Kingdom

seen from United States
#kejohanan #badminton #amal #pialaijtihad #ijtihadprihatin #celebritysportsclub #astro #pmlive Saksikan PM Live Di Astro Ria 104 dan 123 pukul 12 tengahari nanti. Bersama saya dan Tunku Hanis... 😊🤘👍 #artismalaysia #malaysian #celebrity (at Astro)
Kejohanan Forex Satu Juta Dolar
Kejohanan Forex Satu Juta Dolar
Kejohanan Forex Satu Juta Dolar – Sesi November 2016
1) XM telah melancarkan satu kejohanan forex dengan hadiah keseluruhan berjumlah $ 1,000,000.
2) Pusingan ke-6 untuk sesi November 2016 telah pun bermula. Pendaftaran masih dibuka dan akan berakhir 5 hari lagi.
3) 90 pemenang akan berkongsi $ 50,000 hadiah tunai terkumpul dan 5 pemenang teratas akan melayakkan diri ke Pusingan Separuh Akhir.
View On WordPress
Kejohanan Forex Sesi September 2016
Kejohanan Forex Sesi September 2016
XM menawarkan semua pelanggan peluang untuk memenangi $ 50,000 dan mara ke Pusingan Akhir Kejohanan Forex Dunia, yang menawarkan $ 500,000 hadiah tunai, tanpa risiko dan tanpa yuran penyertaan.
Apa yang menarik, kejohanan ini adalah percuma, tanpa yuran penyertaan serta tiada risiko langsung untuk anda.
Pendaftaran untuk Pusingan ke-4 (September 2016) telah dibuka.
DAFTAR sekarang!
The post
View On WordPress
KEJOHANAN BINA BADAN MR. GYM 1 MALAYSIA SELANGOR 2015
KEJOHANAN BINA BADAN MR. GYM 1 MALAYSIA SELANGOR 2015
KEJOHANAN BINA BADAN MR. GYM 1 MALAYSIA SELANGOR 2015
Date: 10 October 2015 Venue: Summit USJ Registration Fee : RM 30.00 Categories: 1. 75kg and above 2. 65 – 75kg 3. 65kg and below 4. Juniors Below 21 years
5. Athletic Physique atas 170 CM
6. Athletic Physics Bawah 170 CM
for more details, please refer to the poster
Borang pendaftaran online sila isi di bawah
MR. GYM 1 MALAYSIA SELANGOR 2015
View On WordPress
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/04/16/china-masters-lapan-pemain-malaysia-mara-ke-pusingan-seterusnya/
China Masters: Lapan pemain Malaysia mara ke pusingan seterusnya
KUALA LUMPUR, 16 April:
Lapan pemain Malaysia termasuk wakil tunggal acara perseorangan lelaki mara ke pusingan seterusnya pada Kejohanan Badminton China Masters BWF 2015 di Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, China.
Bekas pemain perseorangan lelaki negara, Muhammad Hafiz Hashim yang mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama, mudah mengetepikan cabaran Cheng Po Wei dari Taiwan 21-14 dan 21-11 untuk bertemu pemain China, Lin Gui Pu pada pusingan ketiga.
Lin mengesahkan tempat ke pusingan ketiga selepas mengejutkan pilihan keenam Suppanyu Avihingsanon dari Thailand 21-18 dan 21-15.
Hoon Thien How dan Lim Khim Wah yang membuat penampilan antarabangsa pertama mereka sejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan lepas, pula layak ke pusingan kedua selepas mengalahkan beregu Singapura Terry Hee Yong Kai dan Hendra Wijaya 21-16 dan 21-18.
Chooi Kah Ming dan Ow Yao Han juga menempatkan diri ke pusingan seterusnya apabila menumpaskan Liu Wei Chen dan Yang Po Han dari Taiwan 21-18 dan 21-17.
Dalam pada itu, Tan Wee Gieen dan Teo Ee Yi menerima tentangan sengit daripada pasangan Taiwan, Chang Ko-Chi dan Wang Chi-Lin sebelum mencatat kemenangan 21-16, 15-21 dan 21-17.
Satu lagi pasangan negara, Mak Hee Chun dan Teo Kok Siang, bagaimanapun gagal mara ke pusingan seterusnya apabila tumpas kepada beregu Jepun, Saeki Hiroyuki dan Taohata Ryota 17-21, 21-15 dan 20-22.
Empat daripada lima beregu negara, juga mara ke pusingan kedua dalam acara beregu campuran selepas masing-masing memenangi pusingan pertama, manakala Wong Fai Yin dan Chow Kuan Mei ditunjuk jalan keluar selepas tumpas 8-21 dan 13-21 kepada Zheng Si Wei dan Chen Qingchen dari China.
BAM tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan wanita pada kejohanan Grand Prix Emas itu, yang menawarkan keseluruhan hadiah wang tunai berjumlah US$250,000 (RM926,990).
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/04/13/skuad-pelayaran-buat-persiapan-hadapi-sukan-sea-2015/
Skuad pelayaran buat persiapan hadapi Sukan Sea 2015
LANGKAWI, 13 April:
Skuad pelayaran Malaysia sedang membuat persiapan bagi memantapkan pelayar untuk menghadapi Sukan SEA di Singapura pada Jun ini.
Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Affendi Abdullah berkata untuk tujuan itu MYA mengatur penyertaan dalam pelbagai kejohanan dan latihan di dalam dan luar negara.
Terbaharu, skuad pelayaran negara mencapai kejayaan cemerlang pada kejohanan layar Asia Cup di Abu Dhabi yang berlangsung seminggu dan berakhir Sabtu lepas, katanya hari ini.
Menurut beliau, Malaysia menghantar tujuh pelayar bagi membawa cabaran negara pada kejohanan berkenaan yang disertai tujuh negara termasuk India, Hong Kong dan Emiriyah Arab Bersatu.
Beliau berkata pelayar negara menunjukkan persembahan cemerlang bagi mencapai kejayaan pada setiap acara yang mereka sertai.
Bagi acara optimist lelaki, tiga pelayar negara Muhammad Fauzi Ramlan, Muhammad Shafie Abdullah dan Mohd Dhiahuddin Rozaini masing-masing menduduki tempat pertama hingga ketiga manakala Nur Shazrin Abdul Latif muncul juara bagi acara laser radial wanita.
Katanya, kejayaan skuad negara pada kejohanan itu amat membanggakan, lebih-lebih lagi sebagai persediaan menghadapi kejohanan Sukan SEA kelak.
Menurut Mohd Affendi sebanyak 32 pelayar dipilih menjalani latihan intensif selama tiga bulan bermula Mac lepas di Kompleks Perahu Layar.
Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, Malaysia berjaya memenangi dua pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/04/08/liga-ragbi-1malaysia-cobra-medan-timba-pengalaman-buat-remaja-terengganu/
Liga Ragbi 1Malaysia Cobra medan timba pengalaman buat remaja Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 April:
Penyertaan pasukan remaja ragbi Terengganu ke Liga Ragbi 1Malaysia Cobra 15 sepasukan bawah 19 tahun yang kini berlangsung di Padang Astaka Petaling Jaya, Selangor adalah medan untuk membina pengalaman bagi pembangunan para pemain pelapisnya.
Bendahari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) Mohd Zulkarnain Abdul Wahab berkata Terengganu julung kali menyertai kejohanan tersebut dan merupakan satu-satunya pasukan dari luar Lembah Klang pada edisi 2015.
“Ia bertujuan untuk pembangunan pemain pelapis kerana mereka akan menggalas cabaran Sukan Malaysia (Sukma) mewakili negeri ini dan diharap dapat mencungkil bakat selain mengelakkan ketandusan pemain kelak,” katanya hari ini.
Menurutnya kejohanan yang dianjurkan oleh Cobra dengan kerjasama Yayasan 1Malaysia bermula 27 Mac lalu dan pasukan Terengganu berjaya memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.
Kejohanan yang berlangsung di Padang Astaka Petaling Jaya itu akan berakhir pada 9 Mei dan dua pasukan teratas akan bertemu di final.
Antara pasukan yang bertanding 1Malaysia Cobra, Koboys-Semashur, Malaya Ceylon RC, Terengganu, VI Old Boys, Young Edwardian dan Kolej Vokasional Wakaf Edwardian.
Dalam pada itu, Mohd Zulkarnain berkata PRNT kini melakukan persiapan bagi menghadapi kejohanan ragbi 7 sepasukan kebangsaan dan kejohanan remaja kebangsaan yang dijadual berlangsung pada Julai depan.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/04/03/terbuka-malaysia-ivian-hookhe-wei-wakil-tunggal-negara-layak-ke-suku-akhir/
Terbuka Malaysia: Ivian Hoo/Khe Wei wakil tunggal negara layak ke suku akhir
KUALA LUMPUR, 3 April:
Pasangan beregu wanita menjadi penyelamat maruah negara apabila mara ke suku akhir Kejohanan Super Siri Premier Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Gandingan Vivian Hoo/Woon Khe Wei yang menewaskan Anggia Shitta Awanda/Mahadewi Istirani Ni Ketut dari Indonesia selepas saingan sengit selama satu jam lima minit, adalah wakil tunggal negara mara ke suku akhir edisi tahun ini.
Pasangan itu yang menang mudah set pertama 21-9 dan tunduk 18-21 pada set kedua, bagaimanapun terpaksa berdepan saat getir sebelum menamatkan set penentuan 21-18.
“Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.
“Dari awal, kami tidak sasar apa-apa untuk masuk separuh akhir atau final, kami hanya fokus untuk menang setiap perlawanan yang kita main sahaja,” kata Vivian pada sidang media selepas perlawanan tersebut.
Dalam pada itu, Khe Wei pula yakin mampu menewaskan lawan mereka dari China, Huan Xia/Tian Qing di suku akhir esok, untuk mara ke peringkat separuh akhir.
“Pasangan ini baru digabungkan buat pertama kali, jadi kita ada peluang lebih, sebab kombinasi mereka mungkin belum serasi lagi,” katanya.
Dalam satu lagi aksi acara beregu wanita, pasangan Amelia Alicia Anscelly/Soong Fie Cho tewas kepada pasangan Isabel Herttrich/Birgit Michels dari Jerman, selepas gagal mengekalkan rentak kemenangan 21-16 pada set pertama.
Pasangan negara itu tewas 17-21 pada set kedua dan 14-21 di set penentuan.