New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/04/13/skuad-pelayaran-buat-persiapan-hadapi-sukan-sea-2015/
Skuad pelayaran buat persiapan hadapi Sukan Sea 2015
LANGKAWI, 13 April:
Skuad pelayaran Malaysia sedang membuat persiapan bagi memantapkan pelayar untuk menghadapi Sukan SEA di Singapura pada Jun ini.
Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Affendi Abdullah berkata untuk tujuan itu MYA mengatur penyertaan dalam pelbagai kejohanan dan latihan di dalam dan luar negara.
Terbaharu, skuad pelayaran negara mencapai kejayaan cemerlang pada kejohanan layar Asia Cup di Abu Dhabi yang berlangsung seminggu dan berakhir Sabtu lepas, katanya hari ini.
Menurut beliau, Malaysia menghantar tujuh pelayar bagi membawa cabaran negara pada kejohanan berkenaan yang disertai tujuh negara termasuk India, Hong Kong dan Emiriyah Arab Bersatu.
Beliau berkata pelayar negara menunjukkan persembahan cemerlang bagi mencapai kejayaan pada setiap acara yang mereka sertai.
Bagi acara optimist lelaki, tiga pelayar negara Muhammad Fauzi Ramlan, Muhammad Shafie Abdullah dan Mohd Dhiahuddin Rozaini masing-masing menduduki tempat pertama hingga ketiga manakala Nur Shazrin Abdul Latif muncul juara bagi acara laser radial wanita.
Katanya, kejayaan skuad negara pada kejohanan itu amat membanggakan, lebih-lebih lagi sebagai persediaan menghadapi kejohanan Sukan SEA kelak.
Menurut Mohd Affendi sebanyak 32 pelayar dipilih menjalani latihan intensif selama tiga bulan bermula Mac lepas di Kompleks Perahu Layar.
Pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, Malaysia berjaya memenangi dua pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.














