SABAR ITU INDAH
“Bersabarlah duhai hati.. Bukankah indahnya pelangi itu, baru kita dapat rasakan setelah turun hujan??
Sesungguhnya tiada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidak akan sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu.
Kadang-kadang dalam hidup nih kita tidak apa sebab dan kesalahan yang kita lakukan sehingga ada saja manusia yang dengki dan tidak berpuas hati terhadap diri kita. Hingga kita tidak boleh melakukan apa-apa selain daripada “BERSABAR”.. Kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan pernah boleh puaskan hati semua orang dan kita tidak akan pernah boleh paksa orang untuk sukakan kita..













