Fresh Graduate challenge today..
Assalamualaikum.. Hiiii.. This my 1st ever blogging in tumblr maybe.. hehe
Sebabnya Aaila tak berapa reti guna ni padahal dah ada account tumblr ni dah lama kot.. 😅
Oklah straight to the point sebenarnya Aaila nak share yg Aaila baru saja tamat belajar. Baru tidak baru juga lah.. Sebabnya habis belajar nya masa Januari yg lepas. Then sekarang ni dalam proses mencari kerja tetap pula 😇. Apa yang Aaila nak share di sini. Hari ini menjadi seorang fresh graduate tu bukanlah mudah cabarannya lagi tinggi berbanding masa zaman belajar degree dulu. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi pada hari ini yang tidak berapa memberansangkan. 😔
Tapi yang paling penting kita jangan pernah berhenti hunting kerja. Usaha, doa dan tawakal kepadaNya.
Bila kita sudah meninggalkan alam universiti ataupun lebih mudahnya alam belajar, pada Aaila di situlah permulaan kita sebagai seorang insan untuk mengenal erti perjalanan kehidupan yg sebenarnya. Sebabnya kita akan mula mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan kita sendiri dan kita juga ada tanggungjawab lain setelah itu iaitu membayar hutang PTPTN yg kita gunakan masa belajar dulu 😅. Part yg ini tdk boleh mengelak. Hutang tetap hutang dan kita wajib kena bayar. Kalau tidak.. Tidak halal ilmu yg kita belajar dengan menggunakan duit loan tersebut 🤭.
📌 AAILA D’MAYA









