Hari ni kena pakai hensem sikit sebab join program Gerakan Jom Baca Bersama 10 Minit (Secara Dalam Talian) Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2020 yang dianjurkan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Kedah & dimulakan serentak bersama #KLbaca2020 sempena #KLWBC2020 oleh @kualalumpurwbc hari ini. Kebetulan hari ni pun sambutan Hari Buku Sedunia pada tanggal 23 April jadi seluruh negara & negeri termasuk di Kedah ramai kena sertai spt para cikgu. Buku yg ku baca pula bertajuk IBADAH SEHARI HILANG DOSA SETAHUN terbitan @bukumustread tahun 2019 yg memfokuskan penerangan mengenai Takwim Hijrah. Selama 10 minit bermula 11pg tadi ku telah baca sikit halaman bulan Ramadan (sebab puasa esok kan?) jadi ku sempat gariskan beberapa isi penting & tuliskan juga info tambahan yang ku tahu dari luar. Semoga program ini diteruskan di mana2 saja pada bila2 masa & tak perlu tunggu semboyan pihak atasan. Tahniah semua yg sertainya #jombaca10minit #malaysiamembaca #kedahmembaca #refleksidiri #Yat2020 🤗👍🏻👨🏻🏫📖 (Lunas, Kedah) https://www.instagram.com/p/B_T43cFjXix/?igshid=100zprclc48fr















