Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai
Pernah dengar lemon? Tahu apa khasiatnya? Lemon adalah sejenis buah dari keluarga limau serta kulit berwarna kuning dan mempunyai rasa yang masam apabila dimakan. Untuk mengatahui lebih lanjut tentang buah ini, klik link ini Wiki. Artikel kali ini saya hanya akan membahas tentang Khasiat dan manfaat lemon sahaja. Sebenarnya buah berwarna kuning ini mempunyai 1001 macam khasiat terutama pada kesihatan tubuh badan. Terdapat pelbagai khasiat dan nutrisi di dalam buah ini seperti kaya dengan antioksidaan, Vitamin C, pectin, potassium dan kalsium.
Fakta Pemakanan
Jumlah Setiap 100 g100 gCalories (kcal) 28 Lipid 0.3 gLemak tepu 0 gLemak politaktepu 0.1 gLemak monotaktepu 0 gKolesterol 0 mgNatrium 2 mgKalium 138 mgKarbohidrat 9 gSerabut diet 2.8 gGula 2.5 gProtein 1.1 g Vitamin A22 IUVitamin C53 mgKalsium26 mgBesi0.6 mgVitamin D0 IUVitamin B60.1 mgKobalamin0 µgMagnesium8 mg Fakta Pemakanan di atas menunjukkan banyaknya nutrisi pada buah ini yang baik untuk kesihatan kita. Jom!! kita lihat pula Khasiat buah ini untuk tubuh badan kita dari aspek kesihatan. Antara Khasiat Lemon adalah: Menstabilkan pH badanMembantu untuk menurunkan berat badanMelancarkan sistem pencernaanMenstabilkan tekanan darah tinggiMembunuh parasit dalam sistem pencernaanMeningkatkan daya fokusMemulihkan sistem pernafasanMerawat kesehatan mulut Detox hatiMeningkatkan sistem kekebalan tubuh Mencegah batu karangMelegakan sakit kerongkongMelegakan selesma Melegakan demamMerawat Masalah jerawatMelegakan kesakitanMenghilangkan Urat-Urat Yang KetaraMemutihkan gigi
Khasiat Lemon Untuk Kuruskan Badan
Salah satu khasiat buah ini adalah mampu kuruskan badan atau kurangkan berat badan yang berlebihan kepada berat yang ideal. Apa buktinya? ok.. ia mampu melancarkan pergerakan usus atau melancarkan pencernaan di samping membuang toksik dalam badan seterusnya dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Sangat sesuai bagi yang sedang berusaha untuk kurus. Tipsnya, gabungkan dengan diet makanan dengan meminum air lemon ini. Cara meminum air lemon: Hiris buah ini menjadi beberapa keping (2 atau 3 keping), rendamkan dengan air suam/panas (60 - 70 darjah celcius. Ingat! rendam kepingan yang dihiris bersama dengan kulitnya. Ada satu lagi petua untuk detox yang sering dilakukan orang iaitu, rendam hirisan lemon ke dalam air suam lalu simpan di dalam peti sejuk semalaman. Pabila bangun pagi, sebelum sarapan atau sebelum apa-apa masuk dalam mulut, minum sedikit dan rasakan kesannya, kebiasannya anda akan ke tandas selepas itu. Contoh hirisan
Khasiat Lemon Panas Sebelum Tidur Malam
Selalunya petua meminum air lemon pada waktu pagi sebelum sarapan atau sebagainya. Tapi, sebenarnya minum air buah ini sebenarnya juga mempunyai manfaat apabila diminum pada waktu malam terutamanya sebelum tidur. Antara manfaat air lemon sekiranya diminum sebelum tidur adalah: Melancarkan sistem pencernaanMenurunkan berat badanMenjaga kesihatan kulitMeningkatkan sistem kekebalan tubuh Mengubati sakit kerongkong Oh ya.. Petua atau cara meminum airnya atau jus sama seperti petua sebelum ini iaitu: Hiris buah ini menjadi beberapa keping (2 atau 3 keping), rendamkan dengan air suam/panas (60 - 70 darjah celcius. Ingat! rendam kepingan yang dihiris bersama dengan kulitnya
Khasiat Lemon Madu / Khasiat Lemon Madu Suam
Selain daripada khasiat dan manfaat lemon itu sendiri, buah ini juga mempunyai khasiat tersendiri sekiranya dicampurkan bahan lain yang juga mempunyai khasiat terutamanya Madu yang telah terbukti khasiatnya melalui Al-quran dan kajian sains. Kombinasi dengan madu sangat sesuai, dengan rasanya yang unik dan sedap untuk dimakan atau diminum. Di negara lain, campuran dengan madu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Mereka mengamalkan campuran 2 bahan ini sebagai cara untuk awet muda. Di sini saya kongsikan khasiat buah ini jika dicampurkan dengan madu, ok sebelum lupa, pastikan Madu Asli ya.. dan bukannya madu yang dijual di Pasar Raya kerana dikuatiri bahan madu tersebut bercampur dengan gula. Mencegah jangkitan saluran pencernaanDetox pada organ hatiMelancarkan Sistem PencernaanMembersihan kuman dalam mulutMelancarkan PernafasanMeningkatkan tenagaMenurunkan berat badan Cara Minum: Cara 1 Campurkan satu sudu kecil madu dan setengah hirisan lemon kedalam satu gelas air suam kemudian boleh di minum. Cara 2 Sediakan 3 Sudu besar Jus Lemon. Kemudian campurkan 1 sudu besar Madu Asli. Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam satu gelas air hangat dan kacau. Tunggu suam kemudian boleh diminum.
Khasiat Lemon Untuk Wajah
Selain daripada bermanfaat pada kesihatan tubuh badan, buah ini juga berkhasiat pada wajah kita, terutamanya pada wanita agar kelihatan sentiasa berseri. Selain itu, sekarang terdapat berbagai produk Skin Care berasaskan lemon sebagai bahan utamanya. Ada satu lagi! iaitu sheet mask yang digunakan untuk mencerahkan wajah, juga ada yang berasaskan buah ini. Hebat bukan? ok saya akan kongsikan beberapa manfaatnya pada wajah kita. Antara khasiatnya ialah: Mencerahkan WajahMenghilangkan komedo Merawat JerawatMengawal minyak pada kulit terutamanya wajahMenyegarkan kulit wajahMelembabkan bibir yang keringMembantu membersihkan kulit mati pada wajahMengurangkan kedutan pada wajahMenghilangkan bintik-bintik hitam pada wajahMelembabkan kulitMembantu mengecilkan poro-pori pada wajahMeningkatkan keanjalan kulitKulit lebih bersih dan berseriMembantu menghaluskan kulit wajahMengeringkan luka bekas jerawat
Khasiat Lemon Untuk Wanita
Seperti yang kita tahu, wanita sangat pentingkan kecantikan dan penampilan diri. Lemon adalah pilihan terbaik bagi anda. Sebabnya, sama seperti yang dijelaskan sebeum ini, buah ini sangat bermanfaat pada kulit wajah serta membantu dalam mengurangkan lemak serta berat badan yang ideal. Kandungannya juga mampu meningkatkan sistem imunisasi diseabkan kandungannya terdapat nutrisi seperti Vitamin C dan antioksidaan yang tinggi. Selain dari itu, ia mampu menjadikan rambut kekal sihat dan berseri.
Khasiat Lemon Untuk Darah Tinggi
Bagi yang mempunyai penyakit darah tinggi, mengamalkan meminum air lemon mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Tahukah anda? Lemon mengandungi flavonoid polyphenolic yang membantu mengurangkan tahap kolesterol buruk (LDL). LDL ini adalah lemak yang jahat dan tidak baik pada tubuh. Semantara Vitamin C dan B yang terdapat pada buah ini mampu membersihkan saluran darah kita. Selain daripada darah tinggi, buah ini juga mampu menjadi penawar bagi penyakit kencing manis dan jantung. Berikut adalah cara-cara membuat resepi ini untuk penawar penyakit di atas. Resepi ini daripada Blog salam.my Bahan-bahan: – 500ml air – 6 lemons – Madu (pilihan) Petua mengamalkannya: Pertama sekali, basuh dan bersihkan, kemudian dipotong dua. Selepas itu, letakkan lemon tersebut di dalam periuk yang penuh dengan air dan direbus selama 3 minit. Apabila ia mendidih dan biarkan sehingga sejuk selama 10 hingga 15 minit, kemudian buang lemon tersebut. Mengisi cawan dengan air ini dan simpan bahagian selebihnya untuk kegunaan akan datang. Jika anda ingin rasa manis, anda harus menggunakan madu. Minum pagi dengan perut kosong dan menikmati faedah-faedah yang ditawarkan!
Khasiat Kulit Lemon
Selain daripada khasiat airnya seperti yang telah diterangkan di atas, kulit pada buah ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Nak tahu khasiatnya? jom kita lihat khasiatnya: Meningkatkan daya tahan tubuhMencegah kanserMencegah ganguan tulangMelancarkan sistem pencernaanMenurunkan kolesterolMenghaluskan kulit sikuMelawan radikal bebasMenjaga kesihatan mulutMerawat kulit Mencegah obesitas Cukup sekadar memarut kulitnya hingga hancur dan taburkan pada apa-apa makanan seharian anda untuk mendapatkan manfaatnya. Untuk megelak rasa pahit, jangan memarut hingga mengenai kulit arinya
Manfaat Lain:
Sebenarnya manfaat buah lemon ini bukan sahaja untuk tubuh badan atau kecantikan, tetapi juga bermanfaat pada yang lain seperti: Pembersih bekas teh dan kopiMembersihkan microwave Pengharum ruangan Menghilangkan bau sampah Setakat itu sahaja perkongsian kali ini, semoga artikel ini bermanfaat kepada semua pembaca. Sudah Baca?: 11 Khasiat Cuka Epal Yang Wajib Anda Tahu Baca Juga: 12 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Dan KecantikanKEAJAIBAN BUAH DURIAN BELANDA YANG PERLU ANDA TAHU mdekmal.com Read the full article










