New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2014/12/11/instagram-cecah-300-juta-pengguna-lepasi-twitter/
Instagram cecah 300 juta pengguna, lepasi Twitter
Instagram, rangkaian sosial perkongsian foto yang dimiliki oleh Facebook, pada Rabu mengumumkan telah memiliki lebih daripada 300 juta pengguna setelah rangkaian itu memperkenalkan satu sistem baru untuk mengesahkan ahli selebriti.
Kemas kini itu menjadikan Instagram buat kali pertama berjaya mengatasi Twitter, yang mendakwa memiliki 284 juta pengguna aktif pada akhir September.
“Dalam tempoh empat tahun yang lalu, impian dua sahabat telah berkembang menjadi sebuah komuniti global yang berkongsi lebih daripada 70 juta gambar dan video setiap hari,” kata Ketua Eksekutif Instagram, Kevin Systrom dalam blog.
“Instagram adalah rumah kepada kreativiti dalam apa jua bentuk, tempat di mana anda boleh mencari segala-galanya daripada imej Sungai Nil kepada wajah terbaru dari Herschel Bekalan atau mengetahui apa yang sedang difikirkan Taylor Swift.”
Systrom berkata Instragram akan mula menggunakan ‘lencana pengesahan untuk selebriti, ahli sukan dan jenama,’ bagi membantu pengguna memastikan mereka sedang mengikuti akaun yang sah, bukan peniru.
“Lencana ini akan dilancarkan pada masa akan datang,” kata Systrom
Instagram juga dilaporkan komited untuk memastikan rangkaian perkongsian itu bebas daripada akuan palsu dan spam dengan banyak menyahaktifkan akuan spam Instagram secara berterusan bagi meningkatkan pengalaman pengguna.
Facebook menyelesaikan pengambilalihan Instagram pada tahun 2012. Harga asal ditawarkan ialah pada $ 1 bilion tetapi nilai akhir adalah kurang kerana penurunan dalam harga saham Facebook.
Asas Instagram ialah perkongsian rakaman gambar melalui telefon pintar, yang boleh dipelbagaikan dengan penapis gambar seakan-akan filem klasik.