LIGA ONLINE LOL MYC?
Kami akan memulakan acara tahunan ini yang nama rasminya akan diumumkan nanti. Dijangkakan akan bermula dalam bulan Mac 2016 ini. Acara ini akan berlangsung selama 6 bulan dan dimana untuk nilai hadiah berdasarkan daripada derma ahli komuniti. Tempat permainan, ianya adalah secara talian (online). Pemain hanya perlu mengikut peraturan dan jadual yang akan disediakan nanti. Hadiah hanya diberikan kepada kumpulan pemenang yang berjaya ke peringkat akhir, iaitu kepada 8 kumpulan dan nilainya mengikut pencapaian mereka.
1st Place = 50% Prize Pool 2nd place = 25% Prize Pool 3rd place = 10 % Prize Pool 4th place = 5 % Prize Pool
5th – 8th place = 2.5% Prize Pool each team.
Derma dari ahli komuniti? Ya, pihak kami akan mengeluarkan borang online untuk kutipan derma dari ahli komuniti yang sudi membantu meningkatkan nilai keseluruhan hadiah liga ini. Kebaikan sebagai penderma? Setiap penderma, maklumat mereka akan direkodkan dalam simpanan data kami dan dimana mereka akan diberikan 5% - 20% diskaun bagi pembelian produk keluaran kami. % diskaun ini sah untuk tempoh selama setahun tidak mengira jenis atau bilangan belian daripada penderma. Erti lain mereka adalah VIP dalam komuniti kami. Setakat ini, nilai hadiah terkumpul adalah RM700.












