Ramadan ini, Betapa hati orang Mukmin itu begitu gembira dan bahagia apabila diberikan taufik oleh Allah untuk beramal soleh. Apa lagi kebahagiaan yang lebih bahagia daripada itu? Semestinya, kebahagiaan seumpama itu, berpunca daripada ketakwaan yang tertanam dalam sanubari mereka jualah yang menyebabkan mereka begitu bersungguh-sungguh dan bergembira dalam menyambut dan memuliakan Ramadan yang menjadi salah satu daripada syiar agama Allah. Bersama-sama dengan Madrasah Ramadan @gamisofficial 1440H kali ini, Sesungguhnya, telah benar-benar banyak mengajar dan mendidik aku akan erti sebuah kesyukuran dan penghargaan. Betapa kita hakikatnya terlalu alpa diulit nikmat kesenangan dan kemewahan hidup sehingga seringkali melupai mereka di luar sana yang terkadang, tidak memperoleh pun peluang sepertimana kita! Episod kesukaran dan kesusahan yang dialami oleh sebahagian teman kita, sebolehnya tidak pernah menjadi alasan yang menghalang mereka untuk terus beriltizam dalam membangunkan potensi diri dan masyarakat sekeliling. Lalu, apa lagi alasan yang masih mahu kita berikan pada saat Tuhan selalu menghujani kita dengan nikmat keamanan yang berpanjangan? Bahagia mereka apabila diberi, ternyata bahagia lagi hakikatnya diri kita apabila saling berkongsi. Ramadan kian pergi. Ramadan pasti akan datang lagi. Namun, apa yang tidak pasti, apakah kita masih mampu untuk bertemu lagi dengan Ramadan bagi terus menyumbang bakti? Semoga, Madrasah Ramadan ini benar-benar mencapai objektif “madrasah” itu dalam mendidik kita untuk menjadi hamba-Nya yang lebih bertakwa usai bergraduasi nanti. Allāhumma āmīn ~ #Ramadan #RamadanMubarak #RamadanKareem #MadrasahRamadan #GAMIS2019 #MaraBersamaIslam https://www.instagram.com/p/ByQOaZUnU3R/?igshid=ryq4vn22ey0w



















