"Ez jangan main-main boleh tak ?! Kenapa bonda tak pernah tahu pasal dia ?!" Tengku Khaleeda mula tinggikan suara.
Niat Tengku Aizuddin ingin berkahwin disampaikan dengan mulutnya sendiri kepada bonda dan papanya tetapi nampaknya suasana menjadi keruh. Memang dia dah jangka.
Tengku Khaleeda sudah ada pilihan hatinya untuk dibuat menantu, seorang gadis yang lengkap pakejnya dan juga berdarah kerabat diraja. Memang sudah lama dia merancang untuk dipasangkan dengan Ez, alih-alih Ez buat keputusan sendiri tanpa khabar angin tentang siapa gadis pilihan dia.
Tengku Khaleeda mula tak sedap hati, 'Sejak dia balik Malaysia, kenapa sebelum ni dia tak pernah pun cerita dia ada girlfriend ke ada pilihan hati ke.'
Tengku Mustafa tampak tenang dalam perbualan mereka. "Awak ni boleh tak dengar Ez cakap dulu. He is explaining. Ye la soal kawin-kawin ni bukan macam dulu kita nak paksa budak-budak ni. Kalau dia ada pilihan hati dia, let him be. Dia sendiri kena tahu yang dia dah ready galas tanggungjawab on anyone he choose".
"Bonda dan papa tak payah risau ok. Mesti you all suka. Or if tak suka pun I don't care. I will get marry to her and not anyone else. And I don't mind jadi bujang sampai tua", Ez mula tunjukkan sikap keras kepala dia.
"Ez ni suka hati je kan. Alright. If this is what you choose and what you want, bonda ikut. Now tell us more about her." Akhirnya Tengku Khaleeda mengalah.
Ez tersenyum sinis. Dia tahu akhirnya bonda dan papa akan ikut cakap dia. Ibubapanya kerap bertolak ansur degannya setelah dia pulang ke Malaysia apabila dia menamatkan pengajian di London.
Mereka akui rasa bersalah dengan Ez kerana mereka dapat rasakan hubungan mereka agak renggang. Ya lah, sejak umur 16 tahun Ez dihantar ke sebuah sekolah berprestij di London. Abang dan adik-adiknya pun tak dihantar belajar jauh seawal usia itu. Hinggalah tamat pengajian tinggi, Ez memang hidup berdikari sepanjang 10 tahun di sana.
Bukanlah derhaka tak pernah pulang ke Malaysia langsung, cuma kadang-kadang setahun sekali pun ada. Sejak itu, mereka mahu dia tinggal bersama di Villa Cempaka, kediaman mereka yang serba lengkap dengan kemewahan.
Bukan itu saja, sebenarnya mereka risau dengan Ez yang bermasalah sosial yang tak terkawal. Anak-anak yang lain pun bermasalah juga tapi Ez ni sebab jenis degil dan keras kepala, buatkan mereka bertambah strict dengan dia. Sebab tahu sepanjang di London tiada siapa yang mengawal perangai dia.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Di dalam bilik, Ez tersenyum mengingatkan persetujuan papa dan bondanya untuk berkahwin. Tapi, senyumannya lebih kepada ingin membalas dendam sambil matanya melihat gambar di skrin handphonenya.
"Siap la kau perempuan. Kita tengok kau boleh hidup ke tak dalam family aku".
Diana. Ya, gambar Diana yang berada di skrin handphonenya.
Sejak kejadian di pengebumian arwah datuknya Tengku Rahman tiga minggu lepas, dia asyik teringatkan Diana. Semuanya bermula ketika Diana datang berdiri di sebelahnya, memberi kata-kata yang mengjengkelkan Ez terhadap keluarganya. Ez memang terdengar setiap butir apa yang Diana cakap. Ketika Diana beredar, pantas dia menelefon Nizam, teman baik hidupnya merangkap PA-nya. "Bro. Aku nak kau tolong aku something. Cari details this one girl, she is here at the funeral".
Dalam masa seminggu dia tahu semua maklumat peribadi Diana. Dan apa yang buat Ez paling puas hati, inilah masanya dia nak cari alasan untuk mengelak dari berkahwin dengan pilihan hati bondanya.
Pada dia, dia tersepit kerana mahu memberi kebaikan kepada orang tuanya yang 10 tahun berjauhan dengan dia tapi bukan dengan berkahwin pilihan hati mereka. A big no.
'Memang tak la aku nak kawin dengan Ungku Sarlina tu. Nanti dengan family dia pun aku terikat. Aku ni hidup dah la bebas dengan perempuan-perempuan. Tak pasal-pasal kalau Sarlina tu tahu, jatuh gak maruah family aku'.
Kehidupan sosial Ez yang bebas bersama kawan-kawannya tak pernah menghadkan dirinya untuk mempunyai teman wanita yang official. Semua hanya untuk berseronok sahaja.
So, after all excuses that Ez tried to create, Dianalah yang kena mengisi position mangsa Ez.
'Kau tunggu eh, dalam dua minggu kita jumpa aku buat suprise kat kau. Aku pun tak sabar nak tengok elok sangat ke keturunan orang biasa macam kau' Ez ketawa sinis sendiri sambil campak phonenya ke atas katil.
Jangan lupa tekan ♥ kalau suka.