2:255
tengahari.
hujan di luar buat aku tenang untuk membaca.
kan pernah aku khabar, hujan itu mendekatkan tali-tali yang putus. hujan dengan aku itu seperti ada ikatan diantara dua titik.
mata membaca buku yang ditulis, Hilal Asyraf. seorang penulis yang bagi aku sangat licik menjentik hati-hati yang dipersimpangan. seorang yang dari tulisannya terpancar budi bicaranya.
buku bertajuk, Mari Menjadi Hamba. pada muka surat 163. rahsia melembutkan hati.
sebelum ini belum lagi aku tahu, dari sepotong ayat 255 surah baqarah 2
menceritakan tentang Tuhan, ALLAH.
kerana apa yang aku tahu, ia sebuah ayat Kursi, untuk pelindungan dari kejahatan, pelindungan dari hasutan Syaitan/Iblis.
rupanya ia lebih dari itu, dari lafaznya, mengagungkan Allah. tidak pula betul-betul mengetahui maknanya, betullah, bila kita tidak faham apa yang kita lafazkan.
ia bagai sesuatu yang sia-sia, keterujaan aku, bila setiap hari, kita baca.
buat aku fikir, apakah sebelum ini aku lafazkan? sia-sia?













