New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2014/11/08/melutut-minta-wang-dipulangkan/
Melutut minta wang dipulangkan
Video mengenai seorang pekerja kilang dari Vietnam yang melutut dan menangis supaya dipulangkan semula wang yang dibayar untuk sebuah telefon bimbit iPhone6 yang dibeli dari pusat beli belah elektronik terkenal di Singapura, kini menjadi viral dan mengundang kemarahan orang ramai.
Lebih buruk lagi, pekerja kedai berkenaan mentertawakan dia dan orang ramai yang berada di situ juga tidak mempedulikan pekerja Vietnam itu.
Pham Van Thoai, 28, menyimpan hasrat membelikan teman wanitanya telefon bimbit iPhone 6 sebagai hadiah hari jadi dan ke Singapura semata-mata mahu membeli telefon bimbit berkenaan. Harga sebuah telefon bimbit iPhone 6 itu adalah S$950 (RM2466.25).
Bersetuju dengan harga yang ditawarkan, Pham terus membayar untuk telefon bimbit berkenaan, lapor Mirror UK.
Namun, pada masa yang sama dia diminta menandatangani satu invois untuk khidmat jaminan selama setahun tanpa menyedari bahawa pakej jaminan berkenaan bernilai S$1,500 (RM3894.08).
Apabila pekedai meminta Pham membayar baki RM3894.08 itu, dia terperanjat kerana tidak menyangka bahawa pakej berkenaan begitu mahal dan dia telah pun membayar harga penuh untuk telefon bimbit berkenaan.
Pham merayu supaya wangnya dikembalikan tetapi pemilik kedai enggan menyerahkan wang ataupun telefon yang telah dibeli dengan alasan dia perlu menjelaskan bayaran jaminan dahulu.
Polis dipanggil untuk menyelesaikan kes berkenaan tetapi hanya S$600 (RM1557.63) sahaja yang dikembalikan kerana Pham terpaksa pulang ke Vietnam dan tiada apa yang dapat dilakukan kerana Pham dikatakan telah ‘bersetuju’ dan menandatangani invois berkenaan.
Marah dengan ketidakadilan yang menimpa Pham, seorang pengguna Internet warga Singapura Gabriel Kang melancarkan kempen online untuk membantu pekerja kilang itu, dan setakat ini berjaya mengumpulkan hampir £7,000 (RM37,174.23).
“Kami berharap untuk membelikan Pham iPhone 6 128GB dan juga barang-barang lain termasuk makanan tempatan kepada Pham sebagai tanda persahabatan.
“Kami tidak mahu dia menganggap negara ini adalah negara pencuri dan penipu.
“Saya rasa Pham adalah mangsa ketidakadilan sistem undang-undang dan walaupun kami tidak mampu mengundurkan waktu di mana dia terpaksa melalui saat yang memalukan itu, tetapi kami boleh mengubah menjadikan yang terbaik untuknya.
“Sama-sama kita beri iPhone 6 ini kepadanya.”
Mobile Air mempunyai reputasi yang buruk dan pihak berkuasa telah menerima 18 aduan mengenai kedai itu sejak 10 bulan pertama, tahun ini.
Baru-baru ini kedai itu dikritik kerana memulangkan semula wang pelanggan sebanyak RM4,248.48 dalam bentuk wang syiling.
Pemilik kedai Jover Chew dilaporkan melarikan diri dan isterinya berkata dia tidak pulang sejak beberapa hari.
http://www.youtube.com/watch?v=k06jhvOGbpQ