20.7.2017 - Khamis - 26 Syawal 1438 Kemeriahan Jamuan Hari Raya OSC 2017 #oscmpjbt #rayakansebulan #terimakasih #gengosc #mpjbt #jb (at Johor Bahru)
seen from China

seen from India

seen from United States
seen from United States
seen from China

seen from China

seen from Malaysia
seen from India
seen from Spain
seen from Australia

seen from Singapore
seen from United Kingdom
seen from United Kingdom

seen from Malaysia
seen from United States
seen from United Kingdom

seen from Malaysia
seen from China
seen from Türkiye

seen from Türkiye
20.7.2017 - Khamis - 26 Syawal 1438 Kemeriahan Jamuan Hari Raya OSC 2017 #oscmpjbt #rayakansebulan #terimakasih #gengosc #mpjbt #jb (at Johor Bahru)
#throwback 9/4/2017 Malam Anugerah Khidmat Cemerlang #apc #mpjbt #tahniah #cabutanbertuah #dewanbukitindah
Hujan lebat selebat nya jalan semua banjir .. #Mpjbt #banjir
Orang Kat Sana tgh check blood A B AB O.. Kita urusan urusetia n goodies je.. #dermadarah #mpjbt #setitisdarahsejutajasa (at Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Skudai, Johor)
Tu la kemeriahan Hari Keluarga #mpjbt bagi kanak2 dgn jajan ... (at Hutan Bandar Mutiara Rini)
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sosial/2015/02/24/hentian-bas-taman-sri-puteri-ditamatkan-operasi-mulai-1-april/
Hentian Bas Taman Sri Puteri ditamatkan operasi mulai 1 April
JOHOR BAHRU, 24 Februari:
Hentian Bas Taman Sri Puteri yang terletak di Jalan Skudai dan telah beroperasi selama 15 tahun akan ditamatkan operasinya mulai 1 April ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah (MPJBT), Salehuddin Hassan berkata penamatan operasi hentian bas itu adalah berikutan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Beliau berkata hentian bas tersebut merupakan kawasan laluan utama Jalan Skudai-Johor Baharu dan dipercayai mendatangkan banyak risiko termasuk kesesakan lalu lintas dan kemalangan.
“Dalam tempoh sejam, kira-kira 30 buah bas ekspres berhenti di Hentian Taman Sri Puteri sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Dengan penutupan hentian bas berkenaan, bas ekspres tidak lagi dibenarkan berhenti, menurunkan atau mengambil penumpang mulai April ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya kaunter jualan tiket di hentian itu dibenarkan beroperasi seperti biasa sehingga 1 Mac ini bagi membolehkan pembeli tiket mengetahui tentang penamatan operasi hentian bas itu.
“Syarikat bas yang gagal mematuhi dan melanggar peraturan boleh dikompaun sebanyak RM5,000 oleh pihak berkuasa tempatan,” kata Salehuddin.
Berikutan penamatan hentian bas itu, MPJBT telah menambah baik infrastruktur di Terminal Taman Universiti dengan perbelanjaan hampir RM1.5 juta bagi menaik taraf terminal itu.
Selain itu, Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) turut membelanjakan RM300,000 untuk sistem pengkomputeran di terminal berkenaan.
Menyentuh mengenai tempat letak kereta awam pula, Salehuddin berkata sebanyak 1,500 tapak letak kereta awam yang sebelum ini tidak dikenakan apa-apa bayaran dijadikan tempat letak kereta berkupon mulai 1 April ini.
Ini adalah berikutan masalah yang timbul apabila pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura meletakkan kenderaan di tempat parkir percuma dengan tempoh yang terlalu lama sehingga mendatangkan masalah kepada orang ramai.
Antara kawasan terbabit ialah Taman Nusa Bestari, Taman Nusa Bestari 2, Taman Bukit Indah, Taman Bukit Indah 2, Taman Nusa Perintis dan Ulu Tiram.
“MBJBT juga akan memasang papan tanda sebagai makluman kepada orang ramai mengenai tempat letak kereta berkupon ini,” kata beliau.