[Iradah qawiyah] فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَىٰ أَنْ تَزَكَّىٰ And say to him, 'Would you [be willing to] purify yourself وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ And let me guide you to your Lord so you would fear [Him]?' [An-Nazi'at, 79:18-19] . . . Hmmm tertarik dgn kisah Nabi Musa dgn Firaun; the first thing yg ditanya 'Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)?'. First thing, keinginan diri. Lepas ada keinginan, lahirlah amal untuk kembali pada Allah dan tunduk takut hanya pada Allah. Tapi, keinginan sahaja tak pernah cukup. Kena ada hati yang sabar dan ikhlas untuk terus mujahadah dalam membina diri jadi lebih baik. Perlu didik hati untuk tunduk dengan segala tarbiyah penyucian yang datang dari Allah. Buka mata, telinga dan hati seluasnya untuk kenal pasti kelemahan diri. Paling penting, sentiasa ada bekal amal yang cukup untuk terus tsabat. Jangan jadi macam Firaun, Allah dah hantar Nabi Musa special untuk dia, tp dia tolak seruan dakwah ilallah. Hidayah Allah sebenarnya sentiasa ada, tapi kita kena buka hati untuk tunduk dengan perintah Allah. Kata nak syurga kan? ps: sebenarnya dah ramai Allah hantar 'Nabi Musa' pada kita. Tapi kita sedar tak? #muhasabahabdullah















