Aplikasi untuk Newbie di Korea
Apabila saya melancong ke luar negara, saya selalu berusaha untuk menyerap dalam komuniti di negara tersebut seperti orang tempatan, tetapi ia lebih senang untuk dicakap dari dilakukan. Selalunya saya hilang jalan tanpa tahu di mana saya berada ataupun pening kepala melihat peta tempatan yang bersaiz besar. Oleh itu, untuk mengelakkan kekeliruan yang menyebabkan saya selalu ketinggalan jadual yang dirancang , saya akan memuat turun pelbagai applikasi yang membantu saya sepanjang pelancongan . Antara aplikasi yang saya muat turun menolong saya mencari jalan, makanan, dan kawan tempatan/luar negara.
1. Naver Map
Aplikasi ini hanya terdapat dalam bahasa Korea . Untuk mereka yang tahu bagaimana untuk membaca Hangeul (bahasa Korea), saya amat mengesyorkan applikasi ini kerana ini adalah sistem navigasi yang paling tepat di Seoul. Ia berfungsi seperti Google Maps, perbezaan yang paling besarnya adalah ia adalah direka hanya untuk membantu orang untuk mencari jalan hanya dalam Korea. Jika anda fasih Bahasa Korea yang asas , anda boleh cuba untuk menggunakan applikasi ini.
2. Peta Metro
Pada dunia kini yang maju, pelbagai aplikasi yang terdapat dalam “Apps Store” yang dapat memudahkan hidup anda. Tidak ketinggalan aplikasi peta metro Korea. Walaupun saya telahh tinggal di Seoul selama 5 tahun, saya masih perlukan aplikasi Peta Metro untuk pergi ke satu stesyen subway ke stesyen subway yang lain kerana sistem metro di Seoul terlalu rumit . Saya telah mengguna pelbagai aplikasi yang terdapat di “App Store” tetapi “Seoul Subway System” adalah kegemaran saya kerana ia tidak idak seperti aplikasi yang lain. Aplikasi ini berfungsi tanpa sambungan internet. Ini akan memudahkan pelancong yang tidak membeli servis internet di Korea.
3. Kamus Bahasa Korea
Aplikasi ini sangat berguna bagi mereka yang tidak fasih bahasa Korea atau baru belajar bahasa Korea. Apabila saya tidak tahu maksud sesuatu perkataan, aku hanya perlu cari maksudnya melalui aplikasi ini dengan mudahnya. Kamu hanya perlu tambah papan kekunci Hangeul pada telefon bimbit anda dan anda boleh cari maksud perkataan dalam kedua-dua bahasa Korea dan Inggeris. Aplikasi ini juga tidak memerlukan sambungan internet. Oleh itu , jika anda terkandas di tempat yang tidak mempunyai servis internet contohnya kawasan luar bandar , anda masih boleh gunakan aplikasi ini untuk berbual-bual dengan orang tua di sana.
4. Banquet
Anda mesti berasa hairan kenapa anda perlu memuat turun aplikasi masak semasa anda melancong. Biar saya jelaskan sebab anda perlu membuat begitu. Semasa anda kelaparan selepas jalan sepanjang hari, anda mungkin tersalah memesan makanan seperti daging kukus anjing atau sotong hidup kerana tidak fasih Korea. Terutamanya bagi kawan muslim yang harus berhati-hati semasa makan di Korea. Aplikasi ini mempunyai nama hidangan dalam bahasa Korea dan Inggeris, dan juga senarai bahan-bahan yang digunakan.
5. Ramen Timer
Aplikasi ini mungkin kelihatan bodoh dan anda boleh sahaja guna timer dalam phone anda. Tetapi ia sangat menyeronokkan masak ramen mengunakan aplikasi ini. Sebaik sahaja anda buka aplikasi tersebut, anda akan nampak pelbagai jenis ramen yang dijual di Korea. Tekan mana-mana ramen yang anda akan masak, dan aplikasi ini akan menunjukkan air yang perlu ditambah dan berapa lama untuk masak ramen tersebut. Aplikasi ini bukan sahaja comel semata-matanya, ia juga sangat berguna. Masaklah ramen yang sedap menggunakan Ramen Timer.
6. Smart Tour Guide
Saya harap saya mengetahui tentang aplikasi ini apabila saya baru tiba ke Korea. Aplikasi ini mempunyai perkhidmatan audio untuk membimbing anda ke semua tempat tarikan di Korea seperti Bukchon Hanok Village di Seoul atau bandar bersejarah di Gyeongju. Dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh melancong dengan senang tanpa membawa buku panduan yang berat.
Anugerah Kehormat: Kakaotalk Aplikasi sudah lama wujud dalam komuniti Korea tetapi aplikasi ini perlu dimuat turun dalam telefon bimbit anda jika anda tinggal di Korea. Jika anda mempunyai kawan Korea, mungkin anda sudah ada aplikasi ini. KakaoTalk boleh digunakan untuk mesej dan juga membuat panggilan biasa / video. Jika anda ingin teruskan hubungan yang baik dengan kawan Korea anda, pastikan anda memuat turun Kakaotalk.
Dengan mengikut senarai aplikasi yang dicadangkan, memuat turunlah semua aplikasi tersebut. Buangkan semua peta-peta yang besar dan berpura-pura bahawa anda seorang orang tempatan di Korea.

















