📝REMINDER DHUHA⏰ ⛅Solat dhuha ialah dilakukan pada waktu matahari naik masanya adalah 28 minit selepas Syuruk . ⛅Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat hgga 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat. ⛅Solat yang sgt dituntut kerana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan . ☁Antara fadhilat/kelebihan mengamalkan solat sunat Dhuha ialah :☀ 1⃣Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” 🍃🍂HR At-Tabrani🍂🍃 2⃣Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.” 3⃣ Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” 🍂🍃HR. Haklim dan Tabrani🍂🍃 ☁☀Pelaksanaan Solat Sunat Dhuha☁☀ ⛅Boleh dilaksanakan dalam bilangan rakaat 2 hingga 12 tanpa batas dengan setiap 2 rakaat satu salam. ⏰ Waktu solat Dhuha 👉🏻 8 pagi hingga 12 tgh hari (waktu afdhol) 10 pagi namun waktu Dhuha berakhir 15 minit sebelum Zohor. 💎Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :💎 ⛅“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” 🍃🍂Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi🍂🍃 🌹SELAMAT BERAMAL,🌹 Jom solat Dhuha! Salam Dhuha Shbt2 semua.🏃🏻🏃 #ilmuimanamal #hanieycreations #doausahaikhtiartawakal #nothingimposibble #letmeguideyouforfree #dothebestletallahdotherest









