Lepas terbangkan #MavicPro petang tadi, memang sah jauh lagi mudahlah berbanding #Phantom4Pro. Mavic Pro ni korang keluarkan dari bag, buka kaki dia, tekan on, terus boleh take off. Phantom 4 Pro pula macam Phantom series lain la nak kena pasang propeller, cucuk wayar dengan remote/phone, dan macam-macam lagilah prepararion perlu buat sebelum take off. . So Mavic Pro ni memang sangat ideal untuk korang yang kaki travel. Senang nak bawa dan senang nak guna. Gila rugi betul siapa yang travel merata tempat tapi tak bawa drone. Jamban jiran sebelah sekalipun akan jadi awesome bila kita tengok ikut perspektif dari atas weh. Mana-mana pun akan jadi cantik dan di luar kebiasaan seperti yang selalu kita dapat lihat. . Obstacle sensor dekat Mavic Pro memang tak banyak sampai 360 darjah macam Phantom 4 Pro tapi dari apa kitorang cuba tadi, tahap genius dia tak jauh beza sangat pun. Kat atas, bawah, mahupun indoor memang sangat stabil ditiup angin.Semua features di app yang ada kat Phantom 4 Pro ada juga dekat Mavic Pro juga. . Phantom 4 Pro ofcoz lebih sesuai kepada mereka yang buat kerja-kerja professional lah. Bila terbang nampak dia jauh lebih gagah. Terbang pun lagi jauh sampai 7KM, dan kamera dia pun lagi awesome walaupun tak sunting apa-apa. Tapi tak lah ketara pun beza dengan kamera di Mavic Pro yang tetap juga cantik dari mana-mana drone lain. . Harga antara dua ni tak jauh beza pun. Serius korang akan jadi susah nak memilih masa nak beli. Tapi kalau korang tak ada plan pun nak buat kerja professional berkaitan drone ni tapi nak drone yang memudahkan hidup korang, Mavic Pro memang lagi sesuai. . #Ohmedia sendiri pun lepas ni rasanya akan lebih banyak fly guna Mavic Pro sahaja sebab dia satu je memang senang nak bawa ke mana-mana. . Kalau nak beli dua-dua pun lagi bagus sebab masing-masing ada jenis kesesuaian yang tersendiri mengikut siapa pemilik dia nanti. . Nanti kami share lagi. Footage semua standby ajelah follow #ohmedia kat Youtube ya. Thx guys! #OhmediaDrone #OhmediaDJi (at Ampang, Kuala Lumpur)