Ayuh Boikot Israel! Lihatlah senarai boikot produk pro-Israel ini. Cukup banyak jenama produk mereka bukan? Jika mahu boikot kesemuanya memanglah tidak terboikot. Tetapi, selemah-lemah iman boikotlah sekadar mana yang termampu. Terutamanya Starbucks, McDonalds, Coca-Cola. Jika Nestle turut sama boleh boikot, adalah satu bonus. Untuk selanjutnya sila rujuk: http://www.inminds.com/boycott-israel-2012.php Apa pun, jika mahu menggerakkan kempen boikot, haruslah punya strategi. Bukan pukul rata memaparkan senarai semua produk keluaran syarikat-syarikat di Amerika Syarikat (AS). Tetapi fokuslah berasaskan fakta pada syarikat-syarikat yang pro-Israel/Zionis dan telah menyalurkan sumbangan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung kepada Israel. Kerana fokus kita bukan semata-mata pada yang berbangsa Yahudi. Harus difahami, dalam keadaan umat Islam yang masih belum menjadi pengeluar pelbagai produk terkemuka, fokus kita hanyalah pada golongan Yahudi yang berfahaman Zionis atau dengan erti kata mudah yang menzahirkan permusuhan terhadap Islam serta menubuhkan negara haram Israel dan merampas tanah-tanah milik rakyat Palestin berdaulat. Dalam hadith riwayat Al-Bukhari, Nabi SAW pernah berurusan dengan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Islam. Jika tidak, laman sosial Facebook ini sendiri dan pelbagai peralatan komputer yang kita gunakan pada hari ini turut sama harus diboikot. Namun, ingin saya tegaskan sekali lagi, jika mahu boikot kesemuanya memanglah tidak terboikot. Tetapi, selemah-lemah iman boikotlah sekadar mana yang termampu. Untuk penjelasan lebih lanjut, boleh rujuk artikel saya yang ini: http://adirul85.net/keganasan-israel-meletus-di-gaza/ Sekian, Wallahua'lam. Adli Abdullah 14 Ramadhan 1435 | 12hb Julai 2014 http://www.adirul85.net/ #GPM #AqsaSyarif #OperasiBadar #Hands4Gaza #SaveGaza #Pray4Gaza #SavePalestine #Pray4Palestine #Hamas #Jihad #BoycottIsrael #AntiZionism #AntiIsrael