Assalamualaikum. Jom ramai-ramai beli tudung SimpleHijab yang original dengan harga yang mampu milik. Anda hanya terus lawati facebook yang tertera jika ingin bertanya dan berminat. Jom ramai-ramai beli !
h
we're not kids anymore.

❣ Chile in a Photography ❣
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open
Cosimo Galluzzi

pixel skylines
One Nice Bug Per Day
dirt enthusiast
Game of Thrones Daily

Origami Around

tannertan36
ojovivo

Love Begins

oozey mess
Three Goblin Art

#extradirty
i don't do bad sauce passes

No title available

Janaina Medeiros

Product Placement

seen from Canada
seen from Mexico

seen from United States

seen from United States

seen from Malaysia
seen from Finland
seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from Singapore
seen from United States

seen from Saudi Arabia
seen from Türkiye
seen from China
seen from Lithuania
seen from Argentina
seen from Argentina

seen from Malaysia
seen from United States
seen from United States
@nurulmohdjohned
Assalamualaikum. Jom ramai-ramai beli tudung SimpleHijab yang original dengan harga yang mampu milik. Anda hanya terus lawati facebook yang tertera jika ingin bertanya dan berminat. Jom ramai-ramai beli !
Minta masa dan jasa kalian untuk mendoakan kesembuhan ibu beliau. Alfatihah. Syafakillah makcik. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini kepada keluarga beliau.
Powerbank PINENG original, 10000mh. Percuma bekas/ casing yang terdapat pelbagai warna. Untuk yang serius untuk membeli. Berminat? Boleh komen dibawah. Jazakumullahu Khayran Khatiran kepada yang berminat.
Puasa Oh Puasa!
BOLEHKAH PUASA QADHA' CAMPUR PUASA 6 SYAWAL? JAWAPAN: Secara ringkas permasalahan ini merupakan khilaf di kalangan para ulama. Namun menurut fuqaha' mazhab Syafi'ie berpendapat bahawa harus(dibolehkan) menggabungkan antara puasa wajib seperti qadha', nazar dan kafarah dengan puasa sunat, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitab "al-Asybah wa al-Nazair": .صام في يوم عرفة مثلا قضاء أو نذرا، أو كفارة ; ونوى معه الصوم عن عرفة، فأفتى البارزي بالصحة، والحصول عنهما Maksudnya: Seseorang yang berpuasa pada hari Arafah contohnya untuk (niat) qadha' atau nazar atau Kaffarah dan dia berniat bersamanya puasa (sunat) Arafah, maka al-Barizi memfatwakan ia adalah sah dan mendapat kedua-duanya(pahala qadha' dan sunat). (الأشباه والنظائر للإمام السيوطي, الكتاب الأول في شرح القواعد الخمس التي ذكر الأصحاب أن جميع مسائل الفقه ترجع إليه. باب ما يترتب على التمييز: الإخلاص) Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie, namun pahala yang dianugerah tidak sempurna jika tidak dilakukan secara berasingan, iaitu puasa qadha' dan sunat tidak digabungkan tetapi dilakukan pada hari yang berlainan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karangannya "Nihayah al-Muhtaj": ولو صام في شوال قضاء أو نذرا أو غيرهما أو في نحو يوم عاشوراء حصل له ثواب تطوعها كما أفتى به الوالد تبعا للبارزي والأصفوني والناشري والفقيه علي بن صالح الحضرمي وغيرهم، لكن لا يحصل له الثواب الكامل المرتب على المطلوب لا سيما من فاته رمضان وصام عنه شوالا لأنه لم يصدق عليه المعنى المتقدم، Maksudnya: Jika seseorang berpuasa di bulan Syawal untuk tujuan qadha' atau nazar atau selainnya, atau seperti berpuasa di hari Asyura, maka dia akan dapat pahala puasa sunat sepertimana yang difatwakan oleh bapa saya(Syahabuddin al-Ramli) sebagai susulan (fatwa) dari al-Barizi, al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka. Tetapi tidak akan dapat pahala yang lengkap disebabkan perkara yang dituntut(puasa yang berasingan), lebih-lebih lagi sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikan ia di bulan Sy awal. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan makna yang terawal. (نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج للشيخ شمس الدين الرملي, كتاب الصيام, باب صوم التطوع, فصل إفراد الجمعة بالصوم) Menurut fatwa Imam al-Ramli di atas menunjukkan bahawa lebih afdal puasa qadha' dilaksanakan secara berasingan untuk mendapatkan puasa yang lengkap lagi sempurna. Sebahagian ulama berpendapat bahawa tidak sah digabungkan antara puasa sunat dan qadha' berdasarkan amalan Saidatina Aisyah Radiyallahu 'anha yang melewatkan puasa qadha' beliau pada bulan Sya'ban, seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Aisyah berkata: كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه. Maksudnya: "Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya'ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam." Saidatina Aisyah RA seorang yang kuat ibadah termasuklah berpuasa, tidak mungkin beliau meninggalkan puasa 6 Syawal. Penangguhan puasa qadha oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa beliau tidak mengabungkan antara puasa qadha' dan 6 Syawal. Jika Aisyah menggabungkan kedua-duanya nescaya beliau tidak perlu menangguh puasa gantinya. KESIMPULAN 1) Puasa gabungan antara qadha dan 6 syawal diharuskan menurut ulama-ulama mazhab Syafi'ie. 2) Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi'ie tetapi ganjaran atau pahala puasa tidak sempurna, kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan. 3) Ramai(majoriti) di kalangan ulama feqh kotemporari berpegang kepada pandapat yang tidak mengharuskan puasa gabungan antara qadha dan sunat. 4) Puasa yang berasingan tanpa digabungkan niat puasa qadha dan sunat adalah amalan yang lebih tepat dengan kehendak hadith Saidatina Aisyah RA, oleh kerana itu ia dihukum sebagai lebih afdal oleh ulama Syafi'iyyah. Wallahu A'lam Abu Ruqayyah Ba 'Alawi Abu Isa AlFadani
Ahli keluarga, tapi bukan mahram. Tak boleh bersalam ya. Nanti jatuh hukum haram. . Salam E'dilFitri. Ampun maaf dipinta. Qullu Antum Bilkhair. . #KitaKosongKosong (di Tanjong Karang)
Bila dah datangnya raya usah dilupai batas kita ketika memeriahkan Aidilfitri. . Ahli keluarga, tapi bukan mahram tak boleh bersalaman ini bagi lelaki. . Meriahkan raya dengan mengikut syari'ah. . Salam E'dilfitri. Ampun maaf dipinta. Qullu Antum Bilkhair. #KitaKosongKosong (di Tanjong Karang)
Orang berilmu pasti tahu menjaga adab dan batas dalam dirinya
Adab memyambut Aidilfitri
...★) ....人______________★) ...(◎)_____________ 人 ..║∩║__________ .-:'''"''';-. ..║∩║________ (*(*(*|*)*)*) ..║∩║_____..║∩∩∩∩∩∩∩∩∩∩∩║ ▓─▓─▓ ▓─▓─▓ ▓▓▓▓▓▓▓───────────────▓▓▓▓▓▓▓ ★★★★★★★★★★★★★★★ 1. HUKUM memberi duit raya adalah harus. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Berilah hadiah, maka kamu akan saling sayang menyayanginya antara satu sama lain.” Hadiah duit raya adalah pemberian yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Tetapi hukum itu boleh berubah menjadi haram sekiranya ia niat untuk menunjuk-nunjuk kekayaan sehingga ada yang terpaksa berhutang. Justeru, ia bergantung dengan niat si pemberi. 10 PERKARA SUNAT DI AIDILFITRI ,1.MANDI SUNAT AIDILFITRI Imam Malik meriwayatkan sebuah hadis dari kitab al-Muwattao’ iaitu: “Bahawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar sering kali akan mandi pada Aidilfitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Aidilfitri pada pagi hari raya.” 2.WANITA KELUAR SOLAT HARI RAYA Daripada Umm ‘Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada Aidilfitri dan Aidiladha – wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat solat.” 3.MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK Menurut Ibnu Khuzaimah daripada Jabir, katanya: “Bagi Nabi SAW ada satu jubah yang Baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan Jumaat. 4.MEMAKAI WANGI-WANGIAN 5,MAKAN SEDIKIT MAKANAN SEBELUM SOLAT AIDILFITRI Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari menyebut “Adalah Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi Aidilfitri sehinggalah Baginda makan terlebih dulu beberapa biji tamar… dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” 6.MEMBAYAR ZAKAT FITRAH Sebuah hadis Nabi SAW daripada Ibn ‘Abbas: “Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ia hanya sekadar sedekah dari sedekah yang lain.” 7,BERJALAN KE MASJID DENGAN TENANG . Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya: “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat hari raya dengan berjalan dan Baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” 8.BANYAKKAN BERTAKBIR Sebagai mana riwayat Ibn Abi Syaibah daripada al-Zuhriy katanya : “Adalah manusia bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar daripada rumah mereka sehinggalah mereka sampai ke tempat menunaikan solat dan sehingga imam keluar, (untuk menunaikan solat), mereka semua senyap, Apabila imam bertakbir, mereka juga bertakbir.” 9,, MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA ORANG LAIN Menurut Jubair bin Nufair: “Kalangan sahabat Nabi SAW apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan, “Taqabbalallahu minna wa minkum” (maksudnya: Moga Allah menerima amalan kami dan kamu semua). 10.MENGAMBIL JALAN BERLAINAN PERGI DAN BALIK Sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Adalah Nabi SAW, pada hari raya Baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat Aidilfitri).”
Terkesan apabila baca pesanan seorang ayah untuk anaknya. Subhanallah. . Pesan seorang ayah Briged Izzuddin Al-Qassam kepada anak perempuannya; "Kan kau baca satu hari nanti wahai anakku.. di suratan akhbar menulis 'Palestin yang Merdeka'.. . Maka bergembiralah waktu itu.. jika pun tanpaku.. . bergembiralah.. #WeAreAllQassam #SaveGaza #GazaUnderAttack #DedaunKehancuran #OperasiBadar
Let's doa . Bismillahirahmanirahim. "Oh Allah, you have beautified my body, so beautify my character" Ameen. . Do something good benefic for everyone that one a beautiful of character in Islam. . Allahumma Ameen. #WeAreAllQassom
Jazakumullahu Khayran Khatiran my kecik Syafiqah Adam and my annoying for this present. 19July. But InsyaAllah i read that book (Setia Sampai Syurga & Sakinah) after ended for SPM. And that tabung i can use start now. . "...(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati memjadi tenteram." - (ar-Ra'ad : ayat 28) . Menjadi hamba untuk dicintai dan mencintai.
TAQWA
Tak kira kita berada di mana sekalipun, sentiasalah hendaknya kita menjaga TAQWA. Macam mana nak ketahui apa itu TAQWA? 1) Hati sentiasa ingat kepada Allah SWT 2) Awasi dan memastikan hindari larangan Allah 3) Sentiasa pastikan perintah Allah SWT dilaksanakan 4) Sentiasa mencari peluang melakukan kebaikan (berbuat baik kpd orang lain, mengisi masa lapang dengan amal soleh spt duduk di dalam majlis2 ilmu , membaca Quran atau lain2 amal yg menurut pentunjuk Nabi s.a.w ) In shaa Allah, sejahtera menuju Syurga
Semoga kalian dipertemukan dengan kejayaan yang hakiki. Allahumma Ameen. . Seteruk manapun Israel seeloknya kita menyebut dengan panggilan Zionist. . Maafkan saya dan doakan saya. Bitaufiq Wa Najjah. Allahumma Ameen. Qowiy Lillahi Ta'ala. #PrayForGAZA #BrigedIzzudenAlQassam #BrigedSaarayaAlQuds (di Tanjong Karang)
Telah kotorkah hati-hati kita?
"Semua benda payah." Desis hati kecil. Rasa nak.. Meraung sekuat hati. Menangis berbaldi baldi. Dulu. Semua baik baik saja. But then. Semuanya berubah. Semuanya makin payah. Semuanya perlu bergegas. Aku LETIH. Assignment berlambak. Quiz test quiz test. Tambah tambah dah nak dekat final. Tanpa paham konsep setiap subject. Dengan diri yang tak terurus. Hati ni. Sakit. Kosong. Everything is not fine. Fikiran hanya focus soal assignment, revision tutorial, project. Urusan dunia. Semuanya kacau bilau. Huru hara! Letih penat! Aku fed up. Dan give up. But then again. I was looking through the windowsill. While the rain is pouring. Beautiful. Subhanallah. Ah! Malas nak melayan kerja yang berlambak atas meja. Pen di flip 360 darjah. Buku bersepah atas meja. Laptop dibiar habis battery sia sia. Pandangan dihala ke luar tingkap. "Mesti ada satu benda atau something lah yang buat kau jadi tak terurus macamni." Berdesing telinga. "And why don't you reflect yourself first before assuming others as wrong?" Hangat. Pipi hangat dengan cecair jernih. "Kau sebenarnya jauh dari Allah. Bukan Allah yang menjauh. Tapi kau. Kau yang menjauh. Kau yang letak tembok. Kau sendiri yang put a distance between kau dengan Allah in order to achieve kau punya mission kat dunia. Dunia SEMATA. you know what? Kau tak bersyukur. Lupa diri." Dushhh. And yes it's true. Sebabkan masa tak cukup dan terkejar masa nak study sampai tinggal tak baca langsung Quran? Sebabkan ada kelas straight berderet sampai lewatkan waktu solat and sampai kena qada' balik sebab tertinggal? OH! Sebabkan kepala semak dengan assignment and tugasan dari lecturer so lupa and lalai akan tugas sebagai khalifah kat dunia? Sampai lupa? HOW COULD I. ZALIM TERHADAP DIRI SENDIRI. Allahuakbar.. Nangis. Serious. N/p : don't forget Allah // Farid Sanullah "You're down and out.. you just can't cope.. You wanna shout you lost all hope.." Yes.. "On your knees.. begging please.. You turn and pray to find your way.." Tears.. "Hey.. you make doa.. Allah's there.. whoever you are cos He cares..." And when He cares.. "Then you forget.. to say thankyou Allah.. you forget to say In shaa Allah.. You forget to say Subhanallah.." Such ungrateful me.. "Lets flashback lets backtrack.." Ya Rabbi. Aku jauh dariMu. Sebabtu hidup aku kelam. Huru hara. Aku lalai. Dah lama tak baca Quran dengan hati. Dah lama tak boleh menangis bila dengar ayatMu. Aku lalai. Lalai sangat.. "Therefore remember Me (Allah), I will remember you. And be thankful to Me (Allah), and do not be ungrateful to Me (Allah)." AlBaqarah [152] Sticky note ditampal ke board. "Kau daie dan juga mad'u kalau kau nak masuk Syurga. Be a true Muslim. Sejati." Tampal ke board. Sambil sengih. Allah tengah tengok aku. Allah lihat setiap usaha aku. Malu lah kalau aku sengaja buat buat lupa akan Dia. How could i. Berdoa minta Allah kabulkan permintaan tapi tak pernah nak please Allah sungguh2. Dear myself, Tolonglah berubah. In order to achieve Jannah. Seimbangkan urusan dunia dan akhirat. Dunia kita genggam. Akhirat kita peluk ketat ketat. Decide. Nak jadi macam mana. To live well or hell, we choose. Senyum. "Aku. Khalifah Allah. Aku. Dai'e dan insha Allah bersedia jadi mad'u" Forgive and forget all harm that others have caused you. Forgive as many times as you want allah to forgive you. Forgive me too then. Sengaja atau tak sengaja. May Allah bless.
DEEP
- Sharing is Love :) Tolong baca yaaa wahai sahabatku . Tugasan pagi td saya interview seorg datin. Di tgh pbualan, Datuk menyertai kami. Tanpa sedar air mata sy menakung, turun sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin lebat . Mengapa? Kata-kata "HIDUPLAH UNTUK HARI INI" sgt menusuk jauh ke dalam hati sy. APa yg diperkatakan jelas terkena pd btg hidung sy (yg x berbatang pun sebenarnya) . Nasihat Datuk tsebut yg sy perlu share dgn kekwn FB: - Malam adalah masa utk keluarga. Simpan handphone, jauhkan ipad - Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dgn isteri & anak2. Ini dpt mghalang perkara yg x sewajarnya. - Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tsebut. - Jangan tlalu sibuk/ gila mcari wang krn mahukn khidupan yg senang pd masa hdpn, percayalah rezeki itu di tgn Allah. Berusaha tp bukan hingga mengabaikan yg sepatutnya. - Sentiasa peluk cium anak2, pasangan. Kita x tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka. - Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula2 mgkn rasa mcm rimas, isteri queen control dll...Pedulikan jika kwn mnyindir. Kemudian kita akn sedar inilah cara mengikat kasih syg. Wlpn meeting, at least ckp 'sy meeting'. Jgn biarkan panggilan x berjawab. Sekali lg... mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita. - Sentiasa update lokasi anda berada kpd pasangan. - Ketahui pakaian yg dipakai pasangan / anak2 sblm keluar. Ramai yg x mengambil berat perkara ini. Malang x berbau kan? - Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami ttp perlu mnjadi ketua keluarga yg btanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kpd ekonomi keluarga, secara x lgsg (tanpa sedar sbenarnya) isteri itu menuntut hak sama rata...hak dlm mbuat kputusan. Jadi, lbh baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kpd suami krn sedar bahawa suami tlh melakukan sehabis baik demi keluarga. *JANGAN INGAT KITA MASIH ADA ESOK*
Apakah nilai si dia kepadamu dan ketika dalam hidupmu?
NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI... Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda” Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya" Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..." PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya. PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!" Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. Setelah suasana tenang, PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?" Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. Lalu lelaki itu menjawab: ”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda.. Tuhan Wanita yg membaca ini wanita pilihanMu wanita yg cantik, pintar cari duit, kuat & sabar... Sayangilah dia serta kasihanilah dia. Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya, badannya, Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamatkan dia.
Adakah kita begini?
Boleh ke ada crush? Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw. Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya: “Dear crush. I hope you know that I love you very much…” “Rindunya crush saya….” Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya: “Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…” Lalu di jawab: “Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…” Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar. Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka. CRUSH TU APA? Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai: “Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…” Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA. Kenapa pulak dosa?! Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau? Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagram pun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah. Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak. CINTA YANG ALLAH REDHA? Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai? “Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”- (Ibn Qayyim) Lihat? Cuba highlightkan ayat: “Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!” Cinta sebeginilah yang Allah redha! Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA? Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta? Sekolah pun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!