New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/08/fajarbaru-beli-tanah-rm20-61-juta-di-australia
Fajarbaru beli tanah RM20.61 juta di Australia
Fajarbaru Builder Group (FBG) telah membeli tiga bidang tanah kosong di Doncaster, Victoria, Australia untuk pertimbangan tunai sebanyak RM20.61 juta (AS$ 6.9mil), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Bursa Malaysia.
Pengambilalihan tersebut telah dibuat melalui satu unit tidak langsung anak syarikatnya, Fajarbaru-Beulah (Melbourne) Pty Ltd, yang aktiviti utamanya adalah pembangunan hartanah.
Pembelian itu akan dibuat sepenuhnya dengan bayaran tunai pada atau sebelum 17 September ini, kepada penjual Doncaster Regency Pty Ltd.
Tanah pegangan bebas itu terletak berhampiran persimpangan Doncaster Road dan Elgar Road, di daerah Doncaster Hill, kira-kira 15 kilometer timur di kawasan pusat perniagaan Melbourne, juga terletak berhampiran bandar beli-belah Westfield Doncaster.
Keluasan 0.2 hektar mempunyai permit perancangan untuk pembinaan sebuah bangunan 11 tingkat, dengan tiga ruang bawah tanah dan 136 pangsapuri kediaman.
Permit itu dilengkapi tarikh permulaan sehingga Mei 2016 dan tarikh siap sebelum 31 Mei 2018.
Menurut FBG, pengambilalihan itu sejajar objektif syarikat untuk memperoleh dan menambah simpanan tanah kepada Bahagian Pembangunan hartanahnya.
Syarikat itu juga meneroka kemungkinan memperluaskan perniagaannya di luar negara dan pembangunan hartanah yang akan menyediakan FBG dengan sumber pendapatan baru.
Menurut kenyataan itu, pasaran hartanah kediaman di Melbourne menunjukkan tanda-tanda peningkatan, selepas statik pada pertengahan 2012 dan ketara merosot pada 2011 lalu.
Bagaimanapun, terdapat faktor-faktor risiko berkaitan permintaan kediaman, sekiranya berlaku kelembapan ekonomi, di samping FBG juga menghadapi saingan daripada pemaju hartanah dan risiko pertukaran asing.
Pengambilalihan itu tidak akan memberi kesan ketara ke atas pendapatan, pendapatan sesaham atau aset bersih FBG bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015.
FBG Bhd, sebuah syarikat pegangan pelaburan terdiri daripada beberapa anak-anak syarikat, terbabit terutamanya dalam aktiviti pembinaan di Malaysia dan luar negara serta pembuatan campuran konkrit siap, bahan-bahan pembinaan perdagangan dan pembangunan hartanah.