#santaipetang #fridate 👪 #pasarnita #batuburuk (at Pantai Batu Buruk)

seen from Canada

seen from United States
seen from United States

seen from United Kingdom

seen from United States

seen from Dominican Republic

seen from Dominican Republic
seen from China
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from Sri Lanka
seen from Nepal
seen from Russia
seen from United States

seen from United States

seen from Iraq

seen from United States
seen from China
seen from Cambodia
#santaipetang #fridate 👪 #pasarnita #batuburuk (at Pantai Batu Buruk)
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/12/duit-untuk-kebahagiaan-orang-ramai-ahmad-shabery/
'Duit untuk kebahagiaan orang ramai'- Ahmad Shabery
KUALA LUMPUR, 12 April:
Apa salahnya menggunakan wang jika ia adalah untuk kesenangan orang ramai, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai reaksi kepada mantan presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan semua tentang UMNO kini adalah berkaitan wang.
Kata Shabery yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, adalah tanggungjawab parti itu sejak dulu lagi dalam memastikan rakyat memperolehi kesenangan dan kemajuan, manakala wang perlu bagi meningkatkankan taraf hidup rakyat dan pembangunan negara.
“Tidak salah menggunakan duit untuk kebahagiaan orang ramai.
“Menjadi tanggungjawab UMNO sejak dulu dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan menguruskan aktiviti negara,” katanya kepada media selepas perasmian Pasarnita@ Tom’s Bazaar, The Boulevard, Publika di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan Dr Mahathir itu atas alasan belum mendengarnya lagi.
Video temuramah dengan Tun Dr Mahathir yang dimuat di laman blog Din Turtle kini tersebar di Youtube.
Semalam, sebuah laman blog dengan nama “Din Turtle” memuat naik kllip video Dr Mahathir berkata segalanya tentang UMNO kini melibatkan duit dan para pemimpin UMNO kini masih kekal setia hanya kerana mahukan sesuatu iaitu kontrak dan duit.
Menerusi temuramah sebanyak empat bahagian yang dimuat naik di blog Din Turtle, dua hari selepas temuramah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan di televisyen, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan idea memberikan wang percuma kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Kita tak pernah beri duit kepada orang. Kita beri peluang pekerjaan untuk rakyat, beri mereka pendidikan, latih mereka maka mereka boleh hidup dan buat duit untuk diri mereka sendiri.
“Kalau kebajikan, kita perlu beri tetapi hanya kepada rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan,” katanya dalam video yang kini menjadi viral di laman Youtube.