New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/17/lebih-6000-klinik-perdim-kurangkan-caj-10-peratus/
Lebih 6,000 klinik PERDIM kurangkan caj 10 peratus
KUALA LUMPUR, 17 Februari:
Ketika ramai peniaga masih keberatan mengurangkan margin keuntungan, berkuatkuasa hari ini lebih 6,000 klinik di bawah Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menawarkan pengurangan caj bayaran sebanyak 10 peratus, dalam usaha membantu meringankan beban pengguna.
Yang Dipertuanya Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, pengurangan caj berkenaan melibatkan perkhidmatan seperti rawatan, perubatan dan konsultasi.
“Setiap perkhidmatan yang disediakan seperti suntikan, rawatan dan ubat-ubatan akan diberikan potongan harga sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata melalui inisiatif itu, ia diharap dapat memberikan peluang kepada orang ramai untuk menikmati perkhidmatan dan rawatan yang lebih berkualiti pada harga berpatutan.
Katanya lagi, PERDIM yang baru ditubuhkan sejak dua bulan lalu kini dianggotai kira-kira 2,000 doktor sektor swasta di seluruh negara.