Bila syaitan tak mampu menghasut anak adam, maka dia menghasut supaya terbit perasaan ‘aku lebih baik dari dia’.
🔑 Jika perasaan itu sering terbit, cepat-cepat ucap astaghfirullah Al-adzhiim dan segera memohon keampunan dari Allah.
kerana sesungguhnya 'aku lebih baik dari dia’ telah wujud pertama kali diucapkan oleh iblis untuk menunjukkan ketakburannya. Allah menyuruhnya untuk tunduk kepada Nabi Adam tetapi iblis enggan. Ia beralasan, ”aku lebih baik dari dia. Kau ciptakan aku dari api, dan Kau ciptakan dia dari tanah.”
Ingatlah bahawa sesungguhnya iblis itu musuh yg nyata!
— Tinta Qalbi🕊














