Reposted from @ebitlew - Saya paling sedih semasa dakwah di jalanan, tren, tepi jalan, kelab, dan universiti ialah bila kenangkan anak muda yang baik-baik saya jumpa dalam 50 orang. Nak cari 5 orang solat pun payah. Terasa tak tahu apa nak buat. Malu dengan Nabi saw. Malu dengan sahabat rhum. Mereka berjuang sehingga anak muda mereka sebarkan Islam seluruh dunia. Ya Allah ini semua salah saya. Ramai orang anggap solat ini membuang masa. Kita sibuk ajar mereka macam-macam tapi lupa pesan solat, akhlak mulia, dan mengenal Allah. Bila ziarah anak-anak dijalanan mereka akan kata ustaz, nanti datang lagi yer beri nasihat. Bestlah dapat solat dengan ustaz dan dengar tazkirah begini. Pohon doa semua yer supaya kita semua dapat sama-sama sayang dan bimbing anak-anak kita solat dan kenal Allah. Solat bukan beban. Solat hadiah dari Allah dan Allah janji siapa jaga solat Allah akan jaga, beri bahagia, selesaikan segala kesedihan dan kesusahan. Tahniah prokids Kuantan ramai hadir dan semuanya baik sangat mendengar dengan mengalir air mata dari 8 pagi sehingga 5 petang...-ebitlew #prokidstour2019 #kuantan #ebitlew - #regrann https://www.instagram.com/p/Buk6gWZHf-K38KibcBzB4J63u9cEsDozirggBo0/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1cm4ynzjiv70q





