Julai 5, 2017 Masih senyum Malam itu kau datang Manis senyum celahan pandang Tersipu di sebalik tebal kabus Menepis tiap-tiap kasar hembus Malam ini kau singgah lagi Meliar angkuh mencari bintang hati Mahu berdansa seirama jiwa Dalam senyum tiada jeda Pekat malam terlihat istimewa Masih lagi Senyum itu terlihat sakti Hati gundah ini terusan menyanyi Lagu cinta pengubat sepi Jemputan masih dibuka Untuk kau hadir membawa senyum bahagia Esok Lusa Sampai bila-bila #monologjalananMJ #puisiMJ














