Baca Quran tu, pernah tak baca terjemahan dia sekali? Nak fahamkan tafsir tu, memang berat. Tafsir dan terjemahan berbeza. Tafsir ni kena betul² belajar, terjemahan ni maksud ayat.
Contoh ayat yang dibaca; الٓمّۤ
Terjemahan; Alif laam miim. Tafsir? Wallahua'lam. Huruf alif lam mim, maksudnya adalah rahsia. Allah Taala sahaja yang mengetahui rahsia di sebalik huruf-huruf ini.
Kita ni tak pandai tafsir takpe lagi. Ada ayat yang tak perlu kita mendalami tafsirnya. Ada huruf² yang tak perlu kita perdebatkan maksudnya seperti contoh di atas.
Tapi jangan bodoh sombong tak faham terjemahan ayat Quran. Yang jelas dan benar bahawa Al-Quran itu adalah petunjuk dan suruhan Allah.
Jadi,
Jangan nak justify dosa sebagai normal.
Jangan buat hukum ikut neraca timbangan kau.
Time kau nak sesuaikan dengan hidup kau, kau guna hukum Allah. Bila kau taknak, kau rasa itu menyusahkan kau kata syurga neraka bukan kerja manusia untuk menilai.
Walhal benda basic tu simple je. Dosa dan pahala. Kau sendiri yang nak putarbelitkan fakta dengan hujah kau supaya hukum ikut nafsu kau. Siapa yang buat kerja Tuhan sebenarnya ni? Heh.
Baik lelaki mahupun perempuan, bila kita mengucap kalimah syahadah, kita dah ada obligation untuk tunduk dan patuh pada syariat Tuhan. Tak boleh kata tidak, tak boleh ada alasan. Tujuan hidup kita di dunia ni bukan semata untuk dapatkan syurga, tapi sebagai hamba Allah. Seorang hamba kena taat pada tuannya. Siapa tuan kita? Allah! Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang.
Dah lah.
Hidup ni kalau malas sangat nak membaca, cukuplah kau baca Al-Quran dan terjemahannya. Itu je yang kau perlu ingat dan lakukan.
Sangat penting untuk kita fahami, Nabi SAW dan sahabat bukanlah generasi yang sekadar membaca Al-Quran untuk mendapat pahala 10 kali ganda bagi setiap huruf. Mereka adalah generasi yang ingin memahami rahsia Al-Quran untuk membolehkan mereka mendukung syariat dan kalimah Allah Taala.
Mereka membaca Al-Quran untuk hidup.
Kita pula masih di takuk membaca Al-Quran untuk sedekah kepada orang mati.
Lalu, kita mahu minta syurga Firdaus dengan mudah?
















