Simbol Dakwah Yang Hilang Al-Imam Tirdmizi meriwayatkan sebuah hadis ; لا تكونوا إمعة Yang mana Sheikh Albani mengkategorikan hadis ni sebagai dhaif. Yang sahihnya, ia merupakan kalam Ibn Mas'ud ra. Namun begitu, makna athar ni sangat benar & sahih manfaatnya. Ia bermaksud, janganlah kamu menjadi orang yang ikut-ikutan. Perkataan إمعة bermaksud secara mudah pak turut atau 'yes-man'. Ia berasal dari perkataan مع iaitu bersama, dalam erti kata menurut orang, suasana atau keadaan yang bersama dengannya. Hari ini sebahagian besar umat islam telah hilang identiti & fikrah islam mereka kerana menjadi pak turut, إمعة. Lebih sedih, para duat ilallah juga telah larut dengan teman mereka, suasana yang membersamai mereka sehingga sudah tenggelam simbol dakwah & islam yang kononnya dibawa & dipelajari dalam pertemuan tarbiyah mereka. Mereka menggelar diri daie. Dalam halaqah mereka lain. Ketika bersama ikhwah, kelihatan mereka paling syadid & dekat sunah nabi. Namun, begitu ia bersama lingkungan yang tidak solehah, langsung dia bertukar, larut persis gula dalam air yang panas. Di tempat kerjanya, tidak kelihatan dia berbeza dengan orang awam lain. Di kuliah, dia sama sahaja dengan orang yang tidak pernah hadiri daurah. Di hostel pun begitu. Alangkah menyedihkan. Simbol dakwah & fikrah islam yang sepatutnya menjadi aset yang diperjuangkan tidak lagi kelihatan padanya. Sehingga kewujudannya tidak mengesani teman-temannya. Semoga para ikhwah diberi kekuatan untuk tidak tergolong dalam kalangan إمعة. Sebaliknya terus berbeza dalam kerjaya, hobi, masa lapang, masa cuti, bersama siapa & di mana jua.. https://telegram.me/muassis Copypaste













