Contemporary Garage San Francisco Large contemporary attached garage workshop Idea for a three-car garage workshop
seen from Austria
seen from China
seen from United States
seen from China

seen from United States
seen from Netherlands
seen from United States

seen from United States

seen from France
seen from Vietnam

seen from United States
seen from China

seen from United States
seen from China
seen from China
seen from Hungary
seen from United States

seen from United States

seen from Germany

seen from United States
Contemporary Garage San Francisco Large contemporary attached garage workshop Idea for a three-car garage workshop
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/21/kl-bike-week-2014-gegar-ibu-kota/
KL Bike Week 2014 gegar ibu kota
KUALA LUMPUR, 21 Disember:
Acara permotoran terbesar, KL Bike Week 2014 yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) nyata menggegarkan ibu kota.
Seperti tahun-tahun sudah, acara tersebut diadakan selama dua hari bermula hari ini hingga esok (21 Disember 2014).
Pada tahun ini, acara anjuran Red Garage itu kembali memilih lokasi MaTiC yang mampu memastikan lebih banyak penglibatan pelbagai kelab permotoran tempatan, jenis dan jenama motosikal daripada yang berkuasa tinggi hingga ke kapcai berpeluang mengambil bahagian dalam acara tersebut.
KL Bike Week 2014 kali ini menjanjikan lebih banyak aktiviti yang disediakan bukan sahaja untuk pemilik atau peminat motosikal malahan untuk pengunjung yang datang daripada pelbagai latar belakang.
Acara itu juga disertai pemilik motosikal dari Borneo, Thailand, Indonesia, Brunei, Australia dan Amerika Syarikat.
Pengasasnya, Muhd. Idi Iskandar Abu Zahar berkata, penganjuran KL Bike Week 2014 kali ini menampilkan pelbagai kelainan dari segi aktiviti dan beberapa program baru turut diperkenalkan.
“Antaranya seperti acara Lady Bikers Best Dress, pertandingan motor tercantik mengikut kategori seperti Best American Pro Street, Best American Chopper, Best Japanese Custom Bike, Best Local Custom Bike, Best Classic Bike Custom, Best Custom Superbike, Best Custom Baggers serta dua kategori baru iaitu Best Cafe Racer dan Best Classic Bike Restore.
“Pihak penganjur juga membawa jenama baru dunia permotoran iaitu Cleveland Cycle dan beberapa motosikal yang ditempah khas dari Amerika Syarikat seperti Roland Sand dan banyak lagi,” katanya.
Tahun lalu, acara permotoran terbesar itu diadakan di kawasan letak kereta berhampiran Menara Petronas KLCC dan dikunjungi lebih 20,000 pemilik motosikal pelbagai jenis dan jenama.
Muhd. Idi Iskandar berkata, tahun ini bilangan peserta dan pengunjung juga meningkat dan dihadiri hampir 30,000 orang.
“Acara ini boleh dikatakan sebagai ‘biggest gatthering in town’ dan penutup tahunan kepada acara permotoran di Malaysia,” katanya.
Salah seorang pemenang anugerah khas ‘Bikers Kental’, Datuk Irwan Yusmaidi Yusof, 40, berkata, sehingga kini beliau telahpun menjelajah hampir 20 buah negara menggunakan motosikal BMW1,200GS.
Antara negara yang pernah dikunjunginya ialah Thailand, China, Laos, Turki, Bulgaria, Romania, Itali dan England.
Beliau berkata, apabila berkunjung ke luar negara bersama motosikal pelbagai pengalaman menarik bakal diperoleh.
“Bila kita mengembara barulah kita tahu yang Malaysia merupakan negara yang terbaik dari segi keunikan kehidupannya yang mempunyai pelbagai kaum.
“Selain itu, dapatlah juga melihat pemandangan indah yang tidak boleh dilihat Jika mengembara menaiki kapal terbang ,” katanya.
Pemegang rekod jelajah terpanjang menggunakan motosikal yang diberi oleh Malaysia World Book of Rekod, Faizal Sukree, 35, berkata, beliau sudahpun menjelajah lebih daripada 91,000 kilometer bersama motosikalnya dari Asia hingga ke Eropah.
“Menunggang motosikal secara kembara sangat menyeronokkan kerana kita berpeluang melihat negara orang dan berinteraksi serta berkenalan dengan rakan baru.
“Setakat ini pelbagai pengalaman saya peroleh dan antara yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika bertemu dengan penunggang motosikal yang turut mengembara.
Mereka ajak saya bermalam di rumah mereka dan melayani saya sebagai tetamu dengan baik,” katanya yang juga merupakan pengarah projek 1Malaysia World Endurance Ride (1MER).
Eri Satria Utama Mira Virro Anwar, 31, berkata, pengalamannya merentasi Asia hingga ke Eropah tidak akan dilupainya kerana perjalanan itu memberikan 1,001 makna buat dirinya yang menggilai motosikal berkuasa tinggi.
“Saya pernah menunggang hampir tujuh ke lapan jam sehari semasa mengembara.
“Walau keletihan, bila tengok pemandangan cantik di sekitar hipang terus rasa penat,” katanya.
Selaku penunggang vateran, Mohd. Affanddy Abdul Rahman, 61, berkata, faktor usia bukanlah halangan untuknya mengembara menggunakan motosikal kerana aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Berkongsi pengalamannya ketika menyertai Kembara Bumi Suci ke Kota Mekah, Mohd. Affanddy atau lebih mesra disapa Pak Teh memberitahu yang perjalanannya itu sangat bermakna.
“Dalam perjalanan itu, saya berpeluang melawati pelbagai negara dan saya suka dengan China kerana pemandangan di sana sangat indah.
Daripada lanskap pergunungannya hingga ke padang pasir, negara itu sangat unik.
“Selain itu saya juga ke Khazastan dan Rusia cuma sayangnya saya tidak berpeluang memasuki Syria kerana mereka sedang berperang saudara,” katanya.