semalam adalah antara hari yang paling indah dan bermakna bagi saya. kembali membuat persembahan di hometown dimana saya membesar, share stage dengan barisan band-band idola yang menginspirasikan saya dari zaman saya sekolah rendah lagi! #rtbf2017 adalah satu usaha yang sangat luar biasa bagi saya kerana ianya membolehkan band2 mempersembahkan seni musik dieorang kepada mereka yang mungkin taktau pun music dieorang wujud dan fans yang datang pun boleh discover band2 yang dieorang tak pernah tau pun wujud kat dunia ni. kalau event ini berjaya memberi inspirasi kepada generasi baru untuk bermusik dengan serious itu lagi dasyat. menyaksikan kesetiaan penyokong2 musik tanah air dari serata negara dan negara2 jiran yang sanggup datang dari jauh, spend duit beli tiket, tempat tinggal, makan lagi apa semua memang memberi impak kepada saya. thankyou so much semua yang datang, saya benar2 bersyukur dan sangat gembira dengan #rocktoberfest2017 , saya ingin mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau salah laku dari saya dan team @hujanband, terima kasih penganjur yang sudi menerima Hujan untuk bersama-sama melakar sejarah konsert pertama rocktoberfest. kami sangat2 terharu di satukan di dalam satu majlis konsert yg barisan bandnya luar biasa semua. harap2 semua terhibur dengan persembahan kami semalam.🙇♂️🙇♂️❤❤ إن شاء الله jumpa di #rocktoberfest tahun hadapan. • • • @rocktoberfestborneo #raingers