New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/28/bekalan-ikan-sabah-berkurangan/
Bekalan ikan Sabah berkurangan
KOTA KINABALU, 28 November:
Nelayan di sini mogok sebagai menunjukkan protes terhadap bayaran tinggi yang dikenakan oleh syarikat swasta yang dilantik oleh Syarikat Pemasaran Ikan Sabah Sdn Bhd (SAFMA).
Akibatnya, bekalan ikan semakin berkurangan dan pembeli terpaksa membayar lebih untuk harga ikan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menggesa Safma supaya menyiasat dan menjelaskan dakwaan Persatuan Pemilik Bot Menangkap Ikan Kota Kinabalu (KKFBOA) mengenai bayaran tinggi sebagai usaha menamatkan mogok nelayan.
“Keadaan ini memberi kesan kepada penjual ikan,” kata Musa dalam kenyataan baru-baru ini, dan menambah satu penyelesaian perlu dicapai sebelum keadaan itu berterusan yang turut akan memberi kesan kepada pembeli apabila harga ikan menjadi terlalu mahal.
Minggu lalu KKBOA merungut berkenaan bayaran tinggi yang dikenakan oleh syarikat yang mengurus jeti menurunkan ikan di SAFMA, menyebabkan mereka bertindak untuk mogok sehingga isu bayaran itu selesai.
Kira-kira 80 peratus daripada 140 bot menangkap ikan dibawah KKFBOA, yang memberi pekerjaan kepada kira-kira 1,200 orang, berhenti beroperasi sejak Khamis lalu untuk mengelakkan kerugian akibat bayaran tinggi yang didakwa dikenakan di jeti oleh syarikat yang dilantik oleh SAFMA.
Hingga kini, perkelahian antara pengusaha jeti persendirian dan nelayan masih belum diselesaikan mengakibatkan bekalan ikan semakin berkurangan.
Beratus-ratus penjual ikan tertekan dengan keadan itu menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga ikan hingga 50 peratus.
Pengerusi KKFBOA, Simon Hong berkata kebanyakan ahli telah berhenti beroperasi, di mana sebahagian mengambil kesempatan itu untuk membaiki bot mereka.
Katanya, ahli persatuan mampu menangkap ikan lebih 100 tan sehari dalam bukan musim menangkap ikan dan 500 tan, ketika musimnya.
“Sekarang ini, apabila nelayan enggan ke laut untuk menangkap ikan, bekalan ikan di pasar akan jatuh dengan ketara,” katanya.
Dia berharap masalah mereka dapat diselesaikan dengan segera dan keadaan akan kembali normal.











