[Buku Percuma] Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59! Sudah merdeka kah kita? Atau kita sendiri masih menjajah diri dan minda kita? Cuba anda lihat gambar yang kedua, Ada sebuah kamera, ada buku pertama saya yang telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records dan ada 2 keping nota. Tahukah anda isi nota itu? Nota itu saya tulis semasa berumur 18 tahun ketika menghadiri sebuah seminar motivasi. Saya menulis dengan sungguh-sungguh. Mengharapkan kejayaan akan muncul pada suatu hari nanti. Adakah saya akan menjangka satu hari saya akan mengambil gambar buku saya yang menceritakan kejayaan saya di sebelah nota yang saya tulis ketika saya baru hendak mengenali apa itu kejayaan? Saya juga pernah duduk di tempat anda. Duduk si seminar. Mengharapakan kejayaan. Tetapi saya tahu pergi seminar sahaja bukan rahsia kejayaan. Tindakan adalah kunci utama. Jadi, Tolong berhenti sabotaj diri anda. Cuba zoom gambar nota itu dan tulis kembali apa yang saya tulis dan share status ini di wall anda. Yang paling tepat akan saya beri percuma buku ikon hartanah serta dengan nota tersebut. Nota itu merubah saya. Ia juga mungkin mampu mengubah anda. Jika anda mahu. Jika tidak, tiada siapa boleh bantu anda. #SalamMerdeka #SehatiSejiwa #MohdAliMajis