Pertama sekali saya mohon maaf atas ketelanjuran saya. Saya lakukan di saat saya masih sedar. Jujur wak saya sangat tertekan.
Kenapa saya jadi begitu sekali?!
1. Saya keseorangan, tertekan
Saya beritahu awk sejak dr jumaat sy sedih tanpa sebab. Awk buat lawak tp sy xle gelak. Sejak dari tu sy dh buat pelbagai perkara utk hilangkan rasa sedih tapi masih saya menangis sendiri. Sy rasa keseorangan, rasa ditinggalkan. Apatah lagi bila awak seolah2 ambik ringan dgn apa saya adukan. Sy tahu awak busy dgn keluarga awak tp sy juga isteri yg mahukan perhatian.
Sy mahu awak sendirian cukuplah 5 minit. Utk sy ceritakan hari saya, mendengar lawak awak. Tapi bagi awak 5 minit terlalu lama utk saya kerana masih banyak tugas.
2. Suka mempersalahkan saya
Say tahu awak bukan ‘Ni salah awak’ tapi cara awak buat saya selalu dipersalahkan. Saya tahu saya beremosi, suka fikir negetif.
Bukan saya xcuba tenang/ berfikiran positif tp keadaan sekeliling buat saya terus tertekan. Sbb itu sy mencari awak tp layanan awak buat saya rasa terus ditenggelamkan.
3. Saya cuma mahu 5 minit
Ini yg sy mnx dari dulu, contoh setiap jam 9 malam awak tumpukan 5 minit hanya utk sy. Sy bukanlah kejam perlu tepat 9 malam perlu telefon saya tp cubalah cari ruang utk saya. Tapi awak sering memberi alasan. Akhirnya saya yg terhengeh2 telefon awak. Kdg kala bila sy tipon awak kte sibuk dan akhirnya saya ditinggalkan tanpa sebarang call back. Apatah lagi bila awak msg kemudian tgl x berjawab smpi ke malam/esok harinya. Membuat saya terfikir ‘Beginikah jika aku penting dalam hidupnya?’
Tapi bukan saya tak bahagia. Bukan saya tak menghargai pengorbanan awak. Terlalu banyak hingga saya xdpt balas.
Cuma di sini saya keseorangan. Hanya awak tmpt sy bergantung, tmpt meluah perasaan, tmpt bercerita. Kalo awak xde, siapa lagi saya boleh harapkan?! 😔
Akhir sekali, saya ampun maaf. Saya harap awak ambik serius perkara ni. Tapi kalo anggap ianya tidak penting/ bersifat sementara, awak boleh abaikan. Lepas ini tiada lagi surat utk awak ( wpun sudah banyak kali saya berkata inilah kali terakhir). Assalamualaikum