Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang Sultan, Raja, Presiden, Perdana Menteri, atau apa-apa saja gelaran seumpama itu pun untuk memerintah sesebuah kerajaan atau alam buana. Hakikatnya, kita sendiri boleh menjadi sang penguasa untuk diri kita sendiri yang merupakan sebuah alam atau dunia kecil (mikrokosmos). Anggaplah setiap anggota tubuh kita merupakan kementerian atau fakulti tertentu yang berfungsi menjalankan tugas masing-masing. Menjadi peranan ke atas kita untuk mentadbir dan menentukan hala tuju dan wawasan setiap anggota tubuh itu; adakah mahu dibawa ke arah kemakmuran dan kesempurnaan atau diheret ke arah lembah kebinasaan dan kecelaruan. Teringat kalam Hasan al-Hudaybī, Murshid al-'Ām Ikhwān al-Muslimīn yang kedua, “tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya akan tertegak Islam di negaramu.” #DakwahFotografi #SnapersMalaya #HidupJohorDemiJohor #LuaskanKuasamu (at Crown Istana Bukit Serene)








