Rasanya mesti dah banyak kalian terima ‘surat cinta’ sempena dapat result SPM ni kan. Dan yang cliche ialah; . . “SPM bukan penentu segalanya” “SPM baru permulaan” “Takpe dapat result teruk sebab ramai je straight A tapi kemudian tak berjaya dalam hidup” Dan sebagainya . . Walaupun cliche, tapi semua tu ada benarnya. Kak Jida sebenarnya dah tulis sikit pasal SPM ni kat ig story elsajida. Tahniah untuk yang dapat straight A atau yang dapat result seperti yang diharapkan. Jangan lupa ucapkan syukur. Adakala ia bukan semata-mata hasil usaha kita, tetapi doa yang makbul dari insan-insan sekeliling kita . . Tapi untuk yang kecewa, tak salah untuk kecewa/sedih. Kerana sememangnya hati kita akan rasa begitu bila tak dapat sebaik yang kita sangka. Tapi ada satu perkara kita kena tanya; sejauh mana sebenarnya usaha kita sebelum ni? Kalau kita memang tahu kita tak usaha sehabis mampu, ia seharusnya jadi pengajaran buat kita agar berusaha lebih gigih untuk apa sahaja ujian yang akan dihadapi selepas ini. . . Namun seandainya kita sudah usaha sehabis baik, tapi tak dapat result seperti yang diinginkan, ya, kita berhak sedih. Tapi kita kena terima dengan redha bahawa mesti ada sebab kenapa jadi macam tu. Mesti. Tak ada satu pun yang berlaku sia-sia di dunia ini. Bila kita terima kenyataan ni, sebenarnya ia lebih mudah untuk bantu kita jadi seorang yang kuat & tak cepat mengalah . . Perancangan Allah itu penuh rahsia, Dia merancang dan menentukan dengan cinta & hikmah. Meski ada takdir yang zahirnya kelihatan merugikan kita, tapi sebenarnya, Allah sedang mengajar kita banyak perkara berharga . . Sekarang ni yang perlu untuk kalian lakukan ialah buat planning untuk masa depan; samada sambung belajar, kerja kemudian baru belajar, kerja sambil belajar atau sebagainya. Yang penting, kena fikir baik-baik apa yang kalian nak capai dalam hidup, kemudian work for it . . Apapun yang kalian akan buat selepas ini, pastikan kalian lakukan yang terbaik. Attitude sgt berperanan dlm menentukan kejayaan kalian. All the best & kejarlah impianmu tanpa ragu. 😊💗 . . #kakJidaTakeover #kakJidaBebel #spm2017 #spm









